• About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • Home
  • All Posts
  • News & Opinion Media Statement
  • IDEAS melancarkan strategi lima tahun untuk menjadi badan pemikir ulung, umum Ketua Pegawai Operasi baharu

IDEAS melancarkan strategi lima tahun untuk menjadi badan pemikir ulung, umum Ketua Pegawai Operasi baharu

January 15, 2021
Categories
  • Media Statement
Tags
  • Bahasa Melayu

Kuala Lumpur, 15 Januari 2021 – Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) melancarkan strategi lima tahun 2021-2025 bertujuan menjadi sebuah badan pemikir bebas berasaskan penyelidikan yang unggul di rantau ini dengan rangkaian yang luas serta kerjasama di dalam Malaysia dan juga rantau Asia Tenggara.

Rancangan Strategik IDEAS 2021-2025 menggariskan 11 matlamat termasuk membangunkan kepakaran yang mendalam terhadap demokrasi dan tadbir urus baik, ekonomi dan perniagaan, dasar sosial, dan kewangan awam yang diperkuatkan dengan rancangan komunikasi dan advokasi yang kukuh, serta menambah baik tadbir urus dalaman dan pembangunan sumber manusia.

Ditubuhkan pada tahun 2010, badan pemikir ini akan memanfaatkan teknologi sebagai alat untuk pemerkasaan sivil demi meningkatkan kesan pendekatan perubahan dasarnya.

Untuk melaksanakan strategi yang menumpukan kepada masa hadapan, IDEAS, pada 1 Januari 2021, melantik Siti Nurbaiyah Nadzmi sebagai Ketua Pegawai Operasi dan Pengarah Perhubungan Luar untuk menerajui operasi keseluruhan dan mengukuhkan komunikasi serta penjenamaan. Siti Nurbaiyah merupakan seorang pakar komunikasi dengan pengalaman selama 30 tahun dalam sektor kerajaan, korporat, dan kewartawanan.

Tunku Zain Al-‘Abidin Tuanku Muhriz, Pengerusi Pengasas dan Presiden IDEAS mengulas, “Saya berbesar hati untuk mengalu-alukan Siti Nurbaiyah ke dalam pasukan dan menanti untuk melihat sumbangannya ke arah menjadikan Rancangan Strategik ini satu kejayaan”.

Tricia Yeoh, Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS berkata, “IDEAS telah berjaya memperoleh pelbagai pencapaian sepanjang lebih sedekad lalu, dan saya teruja dengan prospek yang bakal dilalui sepanjang lima tahun yang akan datang. Dengan pengalaman luas Siti Nurbaiyah dalam bidang komunikasi, kami dapat mengukuhkan lagi mesej-mesej penyelidikan dasar awam kami supaya mencapai khalayak awam yang lebih luas.   

“Malaysia kini berada di persimpangan, dan terdapat banyak perkara yang perlu dilakukan untuk mengembalikan institusi demokratik, memastikan pembaharuan tadbir urus yang kukuh, dan merangsang daya saing ekonomi kita. Saya sedia bekerja dengan erat dengan Siti Nurbaiyah supaya dapat membawa IDEAS ke tahap yang lebih baik.”

Share

Related posts

December 17, 2025

IDEAS dan IAC Menekankan Kelebihan Kursus Guru dan Peluang Lanjut Untuk Menyokong Pendidikan Autisme di Malaysia


Read more
December 17, 2025

IDEAS and IAC Highlight the Benefits of Teacher Training and Further Opportunities to Support Autism Education in Malaysia


Read more
December 9, 2025

IDEAS Releases Report Exploring Political Influencer Activity in Malaysia


Read more

Comments are closed.

Categories

  • Digital Media
    • Infographic
    • Podcast
    • Video
  • News & Opinion
    • Blog
    • Media Statement
    • News
    • Opinion

Follow Us

Contact Us

  • +603 – 2070 8881 / 8882
  • +603 – 2070 8883
  • admin@ideas.org.my

Sign up for our newsletter

© Copyright - 2025 | ideas.org.my | Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS)