• About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • Home
  • All Posts
  • News & Opinion Media Statement
  • IDEAS menggesa keperluan untuk mendukung nilai-nilai demokratik liberal ketika cabaran COVID-19 melanda

IDEAS menggesa keperluan untuk mendukung nilai-nilai demokratik liberal ketika cabaran COVID-19 melanda

November 12, 2020
Categories
  • Media Statement
Tags
  • Bahasa Melayu
  • COVID-19
  • governance
  • politics
  • welfare protection
  • Wabak ini telah menzahirkan kelemahan institusi demokrasi Malaysia.
  • Pilihan raya telah diadakan tetapi pengajaran dari Sabah perlu diambil untuk memastikan proses mengundi kekal selamat untuk semua.
  • Fungsi, kebebasan, dan integriti Parlimen telah terhakis manakala koordinasi antara kerajaan Persekutuan dan negeri dalam mengurus krisis masih belum mencukupi.
  • Kumpulan minoriti turut terjejas, dengan layanan teruk ke atas komuniti rentan termasuk pelarian, pekerja asing, migran tidak berdokumen, pekerja perkhidmatan penting, dan banduan.
  • COVID-19 memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk memikirkan dengan lebih dalam terhadap asas demokrasi dan untuk bekerja dengan lebih keras ke arah perubahan yang bermakna, menyeluruh dan berstruktur.

Kuala Lumpur, 12 November 2020 – Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) telah melancarkan kertas dasar terbaharunya, “Covid-19 and Malaysia’s Democratic Resilience.” Persoalan utama di dalam kertas dasar ini ialah institusi demokrasi Malaysia telah diuji dengan pelbagai cabaran semenjak wabak ini melanda pada bulan Mac tahun ini. Kertas ini menyoroti pengurusan pilihan raya yang perlu ditambah baik, persidangan Parlimen telah terjejas, hubungan serta koordinasi antara kerajaan Persekutuan dan negeri yang semakin merosot, serta kekurangan ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam perolehan dan pendedahan kewangan telah melemahkan keyakinan terhadap respons kerajaan kepada krisis Covid-19.

Wabak ini juga telah mendedahkan kelemahan Malaysia dalam menjaga komuniti-komuniti rentan. “Hal ini terbukti dalam kalangan komuniti pelarian, pekerja asing, pekerja perkhidmatan penting, dan banduan. Bagi kumpulan banduan, pelbagai reformasi sistem penjara yang telah dicadangkan oleh Ahli-ahli Parlimen dan organisasi masyarakat sivil sudah sekian lama tertangguh. Kertas ini juga menyoroti keadaan buruk di Pusat Tahanan Imigresen (IDC) yang menjejaskan kesihatan dan keselamatan para migran tidak berdokumen,” komen Aira, Pengurus Unit Demokrasi dan Tadbir Urus.

Sepertimana negara lain, Malaysia telah mengadakan pilihan raya ketika COVID-19 melanda. Pilihan raya terbaharu ialah pilihan raya negeri di Sabah yang sedikit sebanyak telah menyumbang kepada kenaikan jumlah kes yang ketara sehingga ke hari ini. “Memandangkan terdapat spekulasi yang Pilihan Raya Umum akan diadakan tidak lama lagi, kami menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan demi memastikan aktiviti berkempen dan membuang undi dapat dilaksanakan dalam keadaan yang paling selamat, tanpa menjejaskan hak rakyat Malaysia untuk memilih pemimpin mereka,” kata Aira.

Mengekalkan nilai-nilai demokrasi liberal  sewaktu wabak merupakan satu cabaran. Namun begitu, harus ditekankan bahawa institusi dan norma-norma demokrasi di Malaysia telahpun lemah sebelum COVID-19 lagi. “Perbincangan panel ketika IDEAS’ Liberalism Conference pada 9 November bertajuk, “Liberal democracy in the era of political and pandemic plight” telah membincangkan bagaimana kesihatan demokrasi di Malaysia harus dikembalikan dengan cara meningkatkan kadar celik politik dalam kalangan orang muda, mereformasi sistem pilihan raya kita dan mengubah politik menjadi satu pekerjaan yang mulia melalui perubahan institusi dan budaya. Cabaran yang hadir akibat COVID-19 ini memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk memikirkan dengan lebih mendalam mengenai asas demokrasi dan untuk bekerja dengan lebih keras ke arah perubahan yang bermakna, menyeluruh, dan berstruktur,” tambah Aira, yang juga moderator panel tersebut.


— TAMAT —

Untuk memuat turun kertas dasar, sila klik

Rakaman Liberalism Conference boleh ditonton di pautan berikut:

1st Panel (Budget 2021: Post Pandemic Recovery and Effectiveness of the Economic Stimulus) – LINK

2nd Panel (Social Protection in times of crisis) – LINK

3rd Panel (Liberal Democracy in the era of political and pandemic plight)  – LINK

Untuk sebarang pertanyaan: aira@ideas.org.my

Share

Related posts

December 17, 2025

IDEAS dan IAC Menekankan Kelebihan Kursus Guru dan Peluang Lanjut Untuk Menyokong Pendidikan Autisme di Malaysia


Read more
December 17, 2025

IDEAS and IAC Highlight the Benefits of Teacher Training and Further Opportunities to Support Autism Education in Malaysia


Read more
December 9, 2025

IDEAS Releases Report Exploring Political Influencer Activity in Malaysia


Read more

Comments are closed.

Categories

  • Digital Media
    • Infographic
    • Podcast
    • Video
  • News & Opinion
    • Blog
    • Media Statement
    • News
    • Opinion

Follow Us

Contact Us

  • +603 – 2070 8881 / 8882
  • +603 – 2070 8883
  • admin@ideas.org.my

Sign up for our newsletter

© Copyright - 2025 | ideas.org.my | Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS)