• About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • Home
  • All Posts
  • News & Opinion Media Statement
  • KRPPM (APPGM) mengenai Pendanaan Politik sedia bekerjasama menggubal RUU Sumbangan Politik

KRPPM (APPGM) mengenai Pendanaan Politik sedia bekerjasama menggubal RUU Sumbangan Politik

May 20, 2022
Categories
  • Media Statement
Tags
  • Bahasa Melayu
  • Malaysia
  • PENDANAAN POLITIK

Kuala Lumpur, 20 Mei 2022: APPGM mengenai Pendanaan Politik menerima dengan baik kenyataan daripada YAB Perdana Menteri semalam yang menyatakan komitmen kerajaan untuk menambah baik tadbir urus dan integriti dalam usaha memerangi rasuah.

Persetujuan untuk membentang skop dasar bagi RUU berkaitan pengawalseliaan sumbangan politik dalam Mesyuarat Jemaah Menteri adalah perkembangan yang amat baik memandangkan penggunaan wang dalam politik yang tidak terkawal merupakan salah satu daripada punca gejala rasuah semakin meruncing.

Sebagai sebuah badan yang diiktiraf Parlimen, APPGM sedia memainkan peranan sebagai wadah perbincangan mengenai pengawalseliaan sumbangan politik yang melibatkan pelbagai pihak termasuk Ahli Parlimen, Senator, organisasi masyarakat sivil (CSO) serta mana-mana pihak berkepentingan yang lain. 

“Pada ketika ini, kami sedang meneliti undang-undang yang diguna pakai di negara-negara lain, serta cadangan-cadangan pakar berhubung RUU Pendanaan Politik yang sesuai bagi konteks demokrasi di Malaysia. Banyak kajian telah dilakukan sejak tahun 2009 oleh pakar yang juga merupakan ahli APPGM kami. Oleh itu, kami bersedia mengadakan pertemuan serta bekerjasama terutama dengan pihak Kerajaan bagi memastikan RUU ini dapat disiapkan serta dibentang di Parlimen pada masa yang terdekat. Pembentangan RUU ini tidak sepatutnya dilengahkan lagi, malah patut disegerakan demi kelestarian demokrasi negara kita,” kata YB Ahmad Fadhli Shaari, Pengerusi APPGM mengenai Pendanaan Politik.

“Kami yakin bahawa RUU ini satu langkah yang positif dalam memastikan demokrasi negara selamat daripada pengaruh luar mahupun kumpulan-kumpulan tertentu. RUU ini juga akan terus menambah baik usaha Malaysia membanteras rasuah di peringkat akar umbi.” kata YB Fadhli lagi.

— TAMAT —

Muat Turun Kenyataan Media PDF Fail Di Sini

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Aira Azhari, Pengurus Kanan, Unit Demokrasi dan Tadbir Urus
T: +603 2070 8881/8882 | E: aira@ideas.org.my

Loius Denis,Pengurus Perhubungan Luar
T: +603 2070 8881/8882 | E: louis@ideas.org.my

Tentang KRPPM Mengenai Pendanaan Politik

KRPPM Mengenai Pendanaan Politik telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 20 April 2022. Objektif utama KRPPM Mengenai Pendanaan Politik adalah untuk mewujudkan satu sarana supaya para Ahli Parlimen, Senator dan organisasi masyarakat sivil (CSO) dapat mengadakan perbincangan serta mempertimbangkan kepentingan pembaharuan pendanaan politik di Malaysia.

Anggota KRPPM Mengenai Pendanaan Politik

Ahli Parlimen

1.     YB Tuan Ahmad Fadhli bin Saari (PAS -Pasir Mas)

  • Pengerusi

2.     YB Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil (PKR – Lembah Pantai)

  • Timbalan Pengerusi

3.     YB Puan Wong Shu Qi (DAP – Kluang)

  • Setiausaha

4.     YB Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau (UPKO – Tuaran)

  •   Bendahari

5.     YB Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah (PPBM – Indera Mahkota)

6.     YB Dato’ Seri Utama Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir (Pejuang – Jerlun)

7.     YB Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan (UMNO – Pontian)

8.     YB Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman (MUDA – Muar)

9.     YB Tuan Larry Soon@Larry Sng Wei Shien (Parti Bangsa Malaysia – Julau)

Senator

YB Puan Fadhlina binti Dato’ Sidek, Pulau Pinang (PKR)

Ahli CSO

1.     Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) (Sekretariat)

2.     Agora Society

3.     Bait Al-Amanah

4.     Pusat untuk Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4)

5.     Engage Network

6.     G25 Malaysia

7.     Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH)

8.     Rasuah Busters

9.     Transparency International-Malaysia (TI-M)

10. Puan Maha Balakrishnan (Pakar)

11. Prof. Wong Chin Huat (Pakar)

Share

Related posts

December 17, 2025

IDEAS dan IAC Menekankan Kelebihan Kursus Guru dan Peluang Lanjut Untuk Menyokong Pendidikan Autisme di Malaysia


Read more
December 17, 2025

IDEAS and IAC Highlight the Benefits of Teacher Training and Further Opportunities to Support Autism Education in Malaysia


Read more
December 9, 2025

IDEAS Releases Report Exploring Political Influencer Activity in Malaysia


Read more

Comments are closed.

Categories

  • Digital Media
    • Infographic
    • Podcast
    • Video
  • News & Opinion
    • Blog
    • Media Statement
    • News
    • Opinion

Follow Us

Contact Us

  • +603 – 2070 8881 / 8882
  • +603 – 2070 8883
  • admin@ideas.org.my

Sign up for our newsletter

© Copyright - 2025 | ideas.org.my | Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS)