Kuala Lumpur, 15 Jun 2022: Kumpulan Rentas Politik Parlimen Malaysia (KRPPM) mengenai Pendanaan Politik (atau APPG on Political Financing) melahirkan kekhuatiran atas perkembangan dalam kes-kes mahkamah berprofil tinggi baru-baru ini. Pendedahan demi pendedahan tentang penggunaan wang dalam politik seharusnya dipandang serius oleh semua lapisan masyarakat.
Antara sebab utama perkara seperti ini berlaku ialah tiada undang-undang untuk mengawal selia pendanaan politik. Kelompongan undang-undang membuka ruang yang terlalu luas untuk ahli-ahli politik menerima sumbangan daripada mana-mana pihak sama ada di dalam atau luar negara. Selain daripada itu, tiada undang-undang yang memperincikan jumlah sumbangan wang yang boleh diterima oleh seorang calon pilihanraya atau ahli politik. Had perbelanjaan yang dibenarkan oleh seseorang calon ketika kempen pilihan raya telah termaktub dalam undang-undang, namun keberkesanan dan pelaksanaan undang-undang ini diragui. Hal ini harus disemak semula dalam usaha mewujudkan kebertanggungjawaban dalam pendanaan politik.
“Pendedahan yang dibuat oleh saksi ketika kes mahkamah baru-baru ini menunjukkan betapa perlunya sebuah undang-undang untuk mengawal selia pendanaan politik. Oleh itu, bersama dengan ahli-ahli KRPPM mengenai Pendanaan Politik yang lain, kami menyambut baik kenyataan YAB Perdana Menteri tentang persetujuan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah (JKKMAR) untuk mewujudkan sebuah Rang Undang-Undang (RUU) Sumbangan Politik. Di pihak kami pula, kami telah bersetuju bahawa sebuah undang-undang perlu merangkumi perkara berikut:
Kami yakin bahawa kesemua prinsip di atas boleh menjadi titik permulaan bagi sistem politik dan demokrasi yang lebih telus dan berintegriti. Kami sedia menyumbang kepada proses penggubalan RUU Sumbangan Politik dan terbuka melakukan sesi libat urus bersama JKKMAR dalam usaha ini,” ulas YB Ahmad Fadhli Shaari selaku Pengerusi KRPPM mengenai Pendanaan Politik.
IDEAS mengambil pendirian untuk memastikan Malaysia mempunyai masa hadapan di mana parti-parti politik bertanding secara setara dengan beretika, bertanggungjawab dan mempunyai ketelusan kewangan. Oleh itu, IDEAS dan Badan Peguam Malaysia akan menganjurkan satu persidangan pada 23 Jun 2022 bertajuk “Political Financing Act: Current Status, Challenges and the Way Forward”, bertempat di Auditorium Raja Aziz Addruse, Wisma Badan Peguam Malaysia.
Persidangan ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman mengenai pelbagai saranan tentang pembaharuan pendanaan politik, mendapatkan sokongan pelbagai pihak serta menjalankan advokasi untuk satu Akta Pendanaan Politik. Kami percaya persidangan ini akan mengumpulkan pelbagai pakar untuk satu perbincangan yang tepat pada masanya agar dapat memberikan cadangan dan menangani perjuangan panjang Malaysia menentang rasuah politik dan pendanaan yang tidak terkawal.
Untuk mendaftar, sila klik pautan . Program penuh persidangan boleh didapatkan di .
— TAMAT —
Muat Turun Kenyataan Media PDF Fail Di Sini
Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Aira Azhari, Pengurus Kanan, Unit Demokrasi dan Tadbir Urus
T: +603 2070 8881/8882 | E: aira@ideas.org.my
Louis Denis,Pengurus Perhubungan Luar
T: +603 2070 8881/8882 | E: louis@ideas.org.my
Tentang KRPPM Mengenai Pendanaan Politik
KRPPM Mengenai Pendanaan Politik telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 20 April 2022. Objektif utama KRPPM Mengenai Pendanaan Politik adalah untuk mewujudkan satu sarana supaya para Ahli Parlimen, Senator dan organisasi masyarakat sivil (CSO) dapat mengadakan perbincangan serta mempertimbangkan kepentingan pembaharuan pendanaan politik di Malaysia.
Anggota KRPPM Mengenai Pendanaan Politik
Ahli Parlimen
1. YB Tuan Ahmad Fadhli bin Saari (PAS -Pasir Mas)
2. YB Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil (PKR – Lembah Pantai)
3. YB Puan Wong Shu Qi (DAP – Kluang)
4. YB Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau (UPKO – Tuaran)
5. YB Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah (PPBM – Indera Mahkota)
6. YB Dato’ Seri Utama Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir (Pejuang – Jerlun)
7. YB Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan (UMNO – Pontian)
8. YB Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman (MUDA – Muar)
9. YB Tuan Larry Soon@Larry Sng Wei Shien (Parti Bangsa Malaysia – Julau)
Senator
YB Puan Fadhlina binti Dato’ Sidek, Pulau Pinang (PKR)
Ahli CSO
1. Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) (Sekretariat)
2. Agora Society
3. Bait Al-Amanah
4. Pusat untuk Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4)
5. Engage Network
6. G25 Malaysia
7. Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH)
8. Rasuah Busters
9. Transparency International-Malaysia (TI-M)
10. Badan Peguam Malaysia
11. Puan Maha Balakrishnan (Pakar)
12. Prof. Wong Chin Huat (Pakar)