• About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • Home
  • All Posts
  • News & Opinion Media Statement
  • IDEAS alu-alukan Hala Tuju Baharu yang Ditekankan oleh Tema Membangun Malaysia Madani: Penting untuk Pertumbuhan dan Mengecilkan Jurang Ketidaksamaan

IDEAS alu-alukan Hala Tuju Baharu yang Ditekankan oleh Tema Membangun Malaysia Madani: Penting untuk Pertumbuhan dan Mengecilkan Jurang Ketidaksamaan

January 27, 2023
Categories
  • Media Statement
Tags
  • Bahasa Melayu
  • Ekonomi
  • Malaysia

27 Januari 2023, Kuala Lumpur: Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) mengalu-alukan hala tuju baharu yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri dengan tema “Membangun Malaysia Madani” ketika sesi perundingan pada hari Selasa, 17 Januari 2023. Tema ini memberikan penekanan kepada pembasmian kemiskinan, pertumbuhan mampan dan sokongan lanjut kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Malah, penekanan diberikan bahawa perancangan rasionalisasi subsidi akan dipandu oleh dapatan bukti dan data terkini yang tersedia. Usaha sebegini amat diperlukan untuk penyatuan fiskal dalam jangka masa sederhana. Namun, IDEAS memberikan peringatan jika penyatuan fiskal tidak dapat dilaksanakan sebagai sebahagian daripada rancangan jangka masa sederhana, hutang negara berkemungkinan akan terus meningkat, yang akan mengehadkan ruang dasar fiskal jika berlaku kegawatan ekonomi. Hal ini akan memberikan kesan kepada golongan rentan secara tidak seimbang terutamanya ketika berlaku krisis. 

IDEAS percaya bahawa usaha sedemikian adalah mustahak memandangkan sejauh mana pandemik telah memberi beban berat yang tidak seimbang kepada golongan rentan yang sedia ada. Serangan Covid-19 telah menyebabkan belia Malaysia – yang sudah bergelut dengan keadaan pasaran buruh yang tidak menggalakkan sebelum pandemik – kepada kesan tambahan pengangguran, laluan pendidikan yang terganggu dan mobiliti buruh yang terjejas. Walaupun kadar pengangguran belia telah menunjukkan peningkatan yang ketara sepanjang tahun 2022, kadar ini masih berada pada angka membimbangkan sebanyak 11.9 peratus (329,300 belia menganggur) setakat bulan Oktober 2022.

Daripada lensa jantina, kajian “Families on the Edge” oleh Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dan Tabung Kependudukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFPA) mendedahkan peningkatan kelemahan isi rumah yang dipimpin oleh wanita, dengan pandemik menyebabkan 32% ketua isi rumah wanita menganggur dan 57% tanpa capaian kepada perlindungan sosial. Trend kemiskinan mutlak pula menunjukkan peningkatan kepada 8.4 peratus pada tahun 2020.

Dr Tricia Yeoh, Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS, menegaskan, “Dengan peningkatan hutang negara kepada RM1.5 trilion, kerajaan perlu melaksanakan satu bentuk penyatuan fiskal bagi mengelakkan defisit yang berlebihan dalam jangka masa panjang dan untuk mendapatkan satu kedudukan belanjawan yang mampan.” Untuk menyokong proses ini, satu bentuk rasionalisasi subsidi harus dijalankan — memastikan bahawa subsidi disasarkan kepada penduduk yang kurang mendapat perkhidmatan dan terjejas. Kertas perundingan awam yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan mengenai subsidi bersasar pada tahun 2022 menganggarkan bahawa penduduk yang berada dalam kelompok berpendapatan tinggi menerima tiga kali ganda jumlah manfaat jika dibandingkan dengan kelompok berpendapatan rendah. Penyatuan data harus dimanfaatkan oleh kerajaan dengan menggabungkan maklumat daripada kementerian dan agensi yang berbeza sebagai kaedah bantuan bersasar.

Dalam jangka masa panjang, kerajaan perlu komited kepada Akta Tanggungjawab Fiskal bagi memperkukuh disiplin kewangan dalam kerajaan dan memupuk kemampanan fiskal dalam jangka masa panjang. Komitmen ini juga perlu diperluaskan untuk memperkenalkan Akta Perolehan Kerajaan, yang bertujuan untuk mengukuhkan tadbir urus dan pematuhan dalam perolehan awam dan mengurangkan kuasa budi bicara untuk memerangi rasuah.

Di samping itu, Dr Juita Mohamad, Pengarah Penyelidikan dan Pengarah Unit Ekonomi dan Perniagaan di IDEAS, juga menyatakan, “Sebagai sebuah ekonomi yang kecil dan terbuka, serta bergantung kepada perdagangan, pelaburan langsung asing (FDI) adalah penting kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia dalam jangka masa sederhana hingga jangka masa panjang. Untuk menarik FDI dengan cara yang mampan, selain daripada kejelasan dalam hala tuju dan pelaksanaan dasar, perjanjian perdagangan bebas (FTA) seperti Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Perjanjian Perkongsian Komprehensif dan Progresif Trans-Pasifik (CPTPP), yang telah pun diratifikasi oleh Malaysia, menyediakan capaian pasaran yang lebih besar kepada perbadanan multinasional (MNC), firma tempatan serta PKS. Demi memastikan PKS juga boleh mendapat manfaat daripada perjanjian perdagangan mega tersebut, sokongan dalam latihan dan geran berkaitan peningkatan kemahiran, pendigitalan dan automasi dengan kerenah birokrasi yang minimum, perlu diperkukuh.”

Matlamat untuk pertumbuhan inklusif, seperti yang diketengahkan oleh tema Madani, menggalakkan pengecilan jurang ketidaksamaan dalam kalangan kumpulan berbeza dalam masyarakat Malaysia. Dengan kelembapan ekonomi global yang akan melembapkan pemulihan ekonomi dalam tempoh terdekat, adalah baik untuk ambil perhatian bahawa golongan rentan akan dilindungi dan diperjuangkan. Dr Yeoh menyimpulkan, “Kami menantikan Belanjawan 2023 baharu yang dijangka dibentangkan di Parlimen pada 24 Februari nanti, dan untuk melihat bagaimana tema Membangun Malaysia Madani akan dicerminkan dalam dokumen dasar utama pertama kerajaan baharu yang menetapkan keutamaannya untuk tahun ini.”

— TAMAT —

Muat Turun Fail PDF Kenyataan Media Di Sini

Untuk pertanyaan, sila hubungi:
Juita Mohamad, PhD, Pengarah Penyelidikan;
Pengarah, Unit Ekonomi dan Perniagaan
T: +603 2070 8881/8882 | E: juita@ideas.org.my

Louis Denis, Pengurus Perhubungan Luar
T: +603 2070 8881/8882 | E: louis@ideas.org.my

Share

Related posts

December 17, 2025

IDEAS dan IAC Menekankan Kelebihan Kursus Guru dan Peluang Lanjut Untuk Menyokong Pendidikan Autisme di Malaysia


Read more
December 17, 2025

IDEAS and IAC Highlight the Benefits of Teacher Training and Further Opportunities to Support Autism Education in Malaysia


Read more
December 9, 2025

IDEAS Releases Report Exploring Political Influencer Activity in Malaysia


Read more

Comments are closed.

Categories

  • Digital Media
    • Infographic
    • Podcast
    • Video
  • News & Opinion
    • Blog
    • Media Statement
    • News
    • Opinion

Follow Us

Contact Us

  • +603 – 2070 8881 / 8882
  • +603 – 2070 8883
  • admin@ideas.org.my

Sign up for our newsletter

© Copyright - 2025 | ideas.org.my | Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS)