• About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • Home
  • All Posts
  • News & Opinion Media Statement
  • IDEAS: Respons Kuiz Pantau Dana Politik Isyaratkan Sokongan Untuk Akta Pendanaan Politik Khususnya Keperluan Terhadap Pembiayaan Awam

IDEAS: Respons Kuiz Pantau Dana Politik Isyaratkan Sokongan Untuk Akta Pendanaan Politik Khususnya Keperluan Terhadap Pembiayaan Awam

June 25, 2024
Categories
  • Media Statement
Tags
  • Bahasa Melayu
  • Malaysia
  • PENDANAAN POLITIK
  • political financing

Kuala Lumpur, 25 Jun 2024: Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) melaporkan dapatan penting daripada kuiz Pantau Dana Politik yang dilancarkan pada Disember 2023 sebagai sebahagian daripada usaha IDEAS untuk mengukur sokongan awam terhadap Akta Pendanaan Politik. Sejak dilancarkan, kuiz Pantau Dana Politik telah mendapat sambutan yang menggalakkan, dengan 2,770 orang pengguna menjawab keseluruhan kuiz dan 12,259 orang pengguna menyelesaikan sekurang-kurangnya satu halaman, menyumbang kepada sejumlah 107,652 halaman kandungan pendidikan yang diselesaikan.

Respons tinjauan, sebagai sebahagian daripada kuiz, menunjukkan sokongan awam yang kuat untuk ketelusan yang lebih besar dalam pendanaan politik, dengan 73.9% responden bersetuju bahawa parti politik harus lebih telus mengenai sumber dana mereka. Selain itu, 63.7% menyokong idea pembiayaan awam untuk parti politik, dan 55% menyatakan sokongan untuk Akta Pendanaan Politik.

“Majoriti sokongan untuk mekanisme ketelusan dan pembiayaan awam menekankan keperluan kerajaan untuk menggubal Akta Pendanaan Politik yang mencerminkan prinsip ini. Walau bagaimanapun, sehingga September 2023, pembiayaan awam masih belum dimasukkan dalam dasar Kabinet. Pembiayaan awam untuk parti politik bukanlah satu cadangan dasar baharu. Dengan dua pertiga negara di seluruh dunia mengamalkannya, jelas bahawa perundangan pendanaan politik yang berkesan mesti merangkumi peruntukan pembiayaan awam. Antara manfaat penting pembiayaan awam termasuk mengurangkan pengaruh perniagaan besar dalam politik serta mengukuhkan sistem parti politik di Malaysia, sekali gus memperkukuhkan kesihatan demokrasi kita,” komen Dr Tricia Yeoh, Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS.

“Kuiz Pantau Dana Politik adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia, dan merupakan satu alat yang berguna untuk mengukur pemahaman awam mengenai keperluan mendesak untuk Akta Pendanaan Politik di Malaysia. Kami teruja terhadap penglibatan awam dengan kuiz ini, dan saya berharap para penggubal dasar kita memberi perhatian terhadap hal ini,” tambah Dr Yeoh.

IDEAS mengajak orang awam untuk mencuba kuiz ini dan menyertai gerakan mendesak kebertanggungjawaban dalam pembiayaan politik. Kuiz Pantau Dana Politik boleh didapati di pantaudanapolitik.com dalam bahasa Melayu, Inggeris, dan Mandarin. Kami menggesa orang awam untuk berkongsi kuiz ini dengan rakan sekerja, keluarga dan rakan-rakan serta di platform media sosial.

— TAMAT —

Tentang Pantau Dana Politik

Kuiz Pantau Dana Politik adalah usaha kolaboratif antara IDEAS dan Digital Public Square, sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan dari Kanada yang berfokus pada penggunaan teknologi untuk menghubungkan komuniti di seluruh dunia. Ia adalah satu pengalaman digital pendidikan yang direka untuk memaklumkan orang awam Malaysia tentang keperluan mendesak untuk Akta Pendanaan Politik. Kuiz ini tersedia dalam bahasa Melayu, Inggeris, dan Cina Dipermudah, memberi tumpuan kepada isu pendanaan politik yang korup dan cadangan penyelesaian, membimbing pengguna melalui kandungan pendidikan, soalan pendapat, dan ujian kefahaman. Ia berasaskan kepada Rang Undang-Undang Pendanaan Politik oleh Kumpulan Rentas Parti Parlimen (KRPPM) mengenai Pendanaan Politik, yang berfungsi sebagai rangka kerja asas untuk reformasi komprehensif, merangkumi peruntukan penting seperti pembiayaan awam, had sumbangan, keperluan pendedahan dan pelaporan, serta penubuhan badan pengawal selia bebas untuk mengawasi pendanaan politik di Malaysia.

Kami ingin menggalakkan orang awam untuk menghantar emel kepada kami di syazwan@ideas.org.my jika mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Pantau Dana Politik.

Muat Turun Fail PDF Kenyataan Media Di Sini

Untuk pertanyaan, sila hubungi:
Ryan Panicker
Penolong Pengurus, Advokasi dan Program
T: 03 – 2070 8881/8882 | E: ryannesh@ideas.org.my

Share

Related posts

December 17, 2025

IDEAS dan IAC Menekankan Kelebihan Kursus Guru dan Peluang Lanjut Untuk Menyokong Pendidikan Autisme di Malaysia


Read more
December 17, 2025

IDEAS and IAC Highlight the Benefits of Teacher Training and Further Opportunities to Support Autism Education in Malaysia


Read more
December 9, 2025

IDEAS Releases Report Exploring Political Influencer Activity in Malaysia


Read more

Comments are closed.

Categories

  • Digital Media
    • Infographic
    • Podcast
    • Video
  • News & Opinion
    • Blog
    • Media Statement
    • News
    • Opinion

Follow Us

Contact Us

  • +603 – 2070 8881 / 8882
  • +603 – 2070 8883
  • admin@ideas.org.my

Sign up for our newsletter

© Copyright - 2025 | ideas.org.my | Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS)