• About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • Home
  • All Posts
  • News & Opinion Media Statement
  • Kajian Terbaharu IDEAS Cadang Langkah Pastikan Kebertanggungjawaban dan Kesinambungan dalam Perbelanjaan Semasa Peralihan Politik

Kajian Terbaharu IDEAS Cadang Langkah Pastikan Kebertanggungjawaban dan Kesinambungan dalam Perbelanjaan Semasa Peralihan Politik

August 8, 2024
Categories
  • Media Statement
Tags
  • Bahasa Melayu
  • Budget Transparency
  • Fiscal Responsibility
  • Malaysia

Kuala Lumpur, 8 Ogos 2024: Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) telah menerbitkan kertas kerja dasar terbaharunya, “Tanggungjawab Fiskal Ketika Peralihan Politik: Aplikasi Peruntukan Masuk Akaun di Malaysia“. Kertas  ini mencadangkan beberapa cadangan untuk memperbaiki proses “belanjawan sementara” di Malaysia bagi memastikan kebertanggungjawaban dan kesinambungan perbelanjaan kerajaan apabila belanjawan penuh tidak diluluskan sebelum permulaan tahun fiskal.

Idea untuk kajian ini tercetus daripada peristiwa menjelang Pilihan Raya Umum ke-15, apabila Perdana Menteri ketika itu, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob membubarkan Parlimen pada 10 Oktober 2022 selepas membentangkan Belanjawan 2023, tetapi sebelum Rang Undang-Undang Perbekalan diluluskan. Akta Perbekalan adalah undang-undang yang diperlukan untuk membenarkan perbelanjaan kerajaan pada tahun berikutnya, dan biasanya diluluskan pada bulan Oktober tahun fiskal sebelumnya.

Berbaki enam minggu dalam tahun fiskal dan pilihan raya dijadualkan pada 19 November, parlimen tergantung yang terhasil menyebabkan mesyuarat Parlimen tertangguh sehingga 19 Disember. Untuk menguruskan perbelanjaan mulai 1 Januari 2023, kerajaan bergantung pada Perkara 102(a) Perlembagaan Persekutuan, menggunakan peruntukan masuk akaun—satu langkah sementara yang juga dirujuk sebagai “belanjawan sementara”—untuk membenarkan perbelanjaan tanpa Rang Undang-Undang Perbekalan penuh. Anggaran belanjawan lengkap untuk tahun 2023 akhirnya diluluskan pada 24 Februari 2023, hampir dua bulan selepas permulaan tahun fiskal.

Kerangka perlembagaan Malaysia di bawah Perkara 102(a) menyediakan mekanisme peruntukan masuk akaun apabila belanjawan untuk tahun fiskal akan datang ditangguhkan. Walaupun mekanisme ini telah digunakan di Malaysia pada tahun 1990, 1999, dan 2022, kelaziman parlimen kita mengenainya kurang matang berbanding dengan demokrasi berparlimen Westminster yang lain dan boleh dipertingkatkan untuk memperbaiki kebertanggungjawaban dan tanggungjawab fiskal.

Kertas kerja dasar ini membandingkan penggunaan peruntukan masuk akaun di Malaysia dengan amalan di United Kingdom, India, Sri Lanka, dan New Zealand untuk membenarkan perbelanjaan sebelum belanjawan penuh diluluskan. Kertas ini turut menggariskan bagaimana kelaziman dan peraturan khusus dapat mengimbangi fleksibiliti eksekutif dengan kebertanggungjawaban legislatif, berbeza dengan amalan kurang mapan di Malaysia.

Berdasarkan amalan ini, kajian ini mengutarakan cadangan berikut:

  • Menetapkan garis panduan yang jelas mengenai bahagian perbelanjaan yang dibenarkan oleh peruntukan masuk akaun dan menetapkan had masa kerajaan boleh beroperasi tanpa belanjawan penuh.
  • Mewajibkan kerajaan yang akan tamat tempoh memerintah untuk mencadangkan peruntukan masuk akaun jika mereka membubarkan Parlimen antara bulan September dan Disember.
  • Mewajibkan kerajaan melaporkan penggunaan peruntukan masuk akaun dan Ketua Audit Negara mengesahkan bahawa tiada perbelanjaan baharu dilakukan sebelum kelulusan belanjawan.
  • Mempertimbangkan penambahbaikan jangka panjang, seperti mengamalkan sistem imprest yang serupa dengan New Zealand atau menetapkan tempoh masa pilihan raya untuk mengelakkan gangguan dalam kitaran fiskal. Sistem imprest menyediakan wang pendahuluan untuk perbelanjaan kerajaan yang disahkan bersama dengan kebenaran untuk belanjawan dan perbelanjaan tambahan.

“IDEAS mengiktiraf dan memuji komitmen berterusan kerajaan untuk melaksanakan reformasi fiskal. Melalui kertas kerja dasar ini, kami ingin menekankan kepentingan pemantauan dan kebertanggungjawaban yang berterusan walaupun semasa peralihan politik. Pengurusan belanjawan peralihan yang berkesan adalah penting untuk mengekalkan kestabilan fiskal. Apabila demokrasi Malaysia semakin matang, terdapat kemungkinan peralihan politik akan berlaku pada masa yang tidak dapat dijangka. Dengan melaksanakan cadangan ini, Malaysia dapat meningkatkan pemantauan fiskal dalam tempoh ketidakpastian politik,” ulas Alissa Rode, penulis kertas kerja dasar dan Pengurus Kanan Penyelidikan di IDEAS.

Layari laman web kami dan muat turun kertas kerja dasar ini untuk maklumat lanjut

— TAMAT —

Muat Turun Fail PDF Kenyataan Media Di Sini

Untuk pertanyaan, sila hubungi:
Ryan Panicker
Penolong Pengurus, Advokasi dan Program
T: 03 – 2070 8881/8882 | E: ryannesh@ideas.org.my

Share

Related posts

December 17, 2025

IDEAS dan IAC Menekankan Kelebihan Kursus Guru dan Peluang Lanjut Untuk Menyokong Pendidikan Autisme di Malaysia


Read more
December 17, 2025

IDEAS and IAC Highlight the Benefits of Teacher Training and Further Opportunities to Support Autism Education in Malaysia


Read more
December 9, 2025

IDEAS Releases Report Exploring Political Influencer Activity in Malaysia


Read more

Comments are closed.

Categories

  • Digital Media
    • Infographic
    • Podcast
    • Video
  • News & Opinion
    • Blog
    • Media Statement
    • News
    • Opinion

Follow Us

Contact Us

  • +603 – 2070 8881 / 8882
  • +603 – 2070 8883
  • admin@ideas.org.my

Sign up for our newsletter

© Copyright - 2025 | ideas.org.my | Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS)