Kuala Lumpur, 21 Julai 2022: Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) mengenai Pendanaan Politik, diwakili oleh Pengerusinya YB Fadhli Shaari (PAS – Pasir Mas) telah mengemukakan satu usul kepada Parlimen untuk membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian mengenai Pendanaan Politik. Usul itu telah diserahkan kepada Setiausaha Dewan Rakyat pada 13 Julai 2022.
Objektif utama RUU ini adalah untuk mengawal pendanaan awam dan swasta parti politik sebagai satu cara untuk membendung rasuah dan menjadikan proses pendanaan politik lebih bertanggungjawab. RUU ini mendefinisikan “pendanaan politik” sebagai “aktiviti memperolehi dana bagi perbelanjaan yang ditanggung semasa aktiviti parti dan untuk mengekalkan jentera parti. Aktiviti ini termasuk pemungutan dana, kos penyelenggaraan pejabat tetap, penjalanan penyelidikan dasar, penjalanan tinjauan pendapat dan pendidikan politik, penjalanan kempen pengiklanan dasar, dan penggerakan pengundi.”
Kandungan utama RUU ini, antaranya adalah;
Tambahan pula, KRPPM ini percaya bahawa sidang kedua penggal kelima dalam sidang Parlimen kali ini merupakan masa yang tepat untuk memasukkan Akta Pendanaan Politik sebagai satu komponen penting dalam agenda pembaharuan di samping Akta Anti Lompat Parti, Akta Perkhidmatan Parlimen (PSA), penambahbaikan lanjut kepada Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) serta Kumpulan Wang Pembangunan Kawasan (CDF).
Sebarang perbincangan mengenai Akta Pendanaan Politik adalah seiring dengan pengumuman terdahulu Perdana Menteri pada 19 Mei 2022 bahawa Kabinet secara prinsipnya telah bersetuju untuk akta ini diperkenalkan sebagai perundangan dan dilaksanakan. KRPPM mengenai Pendanaan Politik menggesa Perdana Menteri dan Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah (JKKMAR) untuk mempertimbangkan RUU ini serta KRPPM terbuka untuk membantu memudahkan penglibatan masa hadapan bersama pemegang taruh berkaitan.
Adalah demi kepentingan semua parti politik di Malaysia RUU Persendirian ini dibentangkan dan dibahaskan di Parlimen. Kami juga menggesa pimpinan kanan semua parti politik untuk menerajui perbualan mengenai cara ketelusan yang lebih besar dapat diperkenalkan dalam mengurus kewangan parti mereka. Akhirnya, satu Akta Pendanaan Politik akan menyediakan satu pentas politik yang sama rata, memprofesionalkan politik serta memperkenalkan lebih kematangan dalam budaya politik Malaysia.
Soalan-soalan lazim (FAQs)
Beberapa percubaan terdahulu untuk mendapatkan RUU yang telah dirangka oleh kerajaan-kerajaan sebelum ini menemui kegagalan. Oleh itu, kami mengambil keputusan untuk menggunakan sarana KRPPM ini untuk merangka satu RUU baharu berdasarkan kajian yang telah dijalankan mengenai topik ini sejak tahun 2009.
2. Mengapakah RUU ini menyarankan RM130 juta untuk diperuntukkan sebagai dana awam kepada parti-parti politik?
Jumlah sebanyak RM130 juta ini diperoleh dengan cara mengambil nilai median daripada 10 tahun terakhir belanjawan persekutuan dan kemudian mendarabkannya dengan 0.05%.
3. Apakah kriteria yang diperlukan serta proses yang terlibat untuk dipilih ke dalam Suruhanjaya Pendanaan Politik?
Suruhanjaya hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas perundingan dengan Jawatankuasa Pendanaan Politik. Keahlian Suruhanjaya hendaklah terdiri daripada seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi dan lima anggota lain yang berkhidmat selama tempoh 6 tahun dan mereka hendaklah berkelayakan untuk dilantik semula bagi suatu tempoh 6 tahun lagi. Dalam pelantikan anggota Suruhanjaya, Yang di-Pertuan Agong hendaklah mengambil kira kepentingan untuk mendapatkan Suruhanjaya yang meraih kepercayaan awam.
4. Apakah peranan/tugas Suruhanjaya Pendanaan Politik dan ruang lingkup kuasa mereka? Sejauh manakah mereka dibenarkan menghukum parti-parti politik?
Tugas dan ruang lingkup kuasa Suruhanjaya Pendanaan Politik adalah:
a. Menuntut daripada suatu parti politik apa-apa maklumat sebagaimana yang dikehendaki bagi pelaksanaan Akta ini
b. Mengenakan amaran, denda atau kompaun menurut peruntukan Akta ini; dan pelucuthakan mana-mana pendermaan yang tidak dibenarkan
c. Kuasa penyiasatan, semakan atau rayuan
5. Apakah penalti pelanggaran Akta ini?
Mana-mana orang atau parti politik yang melanggar Akta ini hendaklah bertanggungan denda tidak melebihi Sepuluh Ribu Ringgit (RM 10,000.00) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya.
Muat turun sokongan di sini
— TAMAT —
Muat Turun Kenyataan Media PDF Fail Di Sini
Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Aira Azhari, Pengurus Kanan, Unit Demokrasi dan Tadbir Urus
T: +603 2070 8881/8882 | E: aira@ideas.org.my
Louis Denis,Pengurus Perhubungan Luar
T: +603 2070 8881/8882 | E: louis@ideas.org.my
Tentang KRPPM Mengenai Pendanaan Politik
KRPPM Mengenai Pendanaan Politik telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 20 April 2022. Objektif utama KRPPM Mengenai Pendanaan Politik adalah untuk mewujudkan satu sarana supaya para Ahli Parlimen, Senator dan organisasi masyarakat sivil (CSO) dapat mengadakan perbincangan serta mempertimbangkan kepentingan pembaharuan pendanaan politik di Malaysia.
Anggota KRPPM Mengenai Pendanaan Politik
Ahli Parlimen
1. YB Tuan Ahmad Fadhli bin Saari (PAS -Pasir Mas)
2. YB Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil (PKR – Lembah Pantai)
3. YB Puan Wong Shu Qi (DAP – Kluang)
4. YB Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau (UPKO – Tuaran)
5. YB Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah (PPBM – Indera Mahkota)
6. YB Dato’ Seri Utama Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir (Pejuang – Jerlun)
7. YB Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan (UMNO – Pontian)
8. YB Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman (MUDA – Muar)
9. YB Tuan Larry Soon@Larry Sng Wei Shien (Parti Bangsa Malaysia – Julau)
Senator
YB Puan Fadhlina binti Dato’ Sidek, Pulau Pinang (PKR)
Ahli CSO
1. Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) (Sekretariat)
2. Agora Society
3. Bait Al-Amanah
4. Pusat untuk Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4)
5. Engage Network
6. G25 Malaysia
7. Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH)
8. Rasuah Busters
9. Transparency International-Malaysia (TI-M)
10. Badan Peguam Malaysia
11. Puan Maha Balakrishnan (Pakar)
12. Prof. Wong Chin Huat (Pakar)