• About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • Home
  • All Posts
  • News & Opinion Media Statement
  • KRPPM mengenai Pendanaan Politik kemukakan Rang Undang-Undang Persendirian mengenai Pendanaan Politik pada 13 Julai 2022

KRPPM mengenai Pendanaan Politik kemukakan Rang Undang-Undang Persendirian mengenai Pendanaan Politik pada 13 Julai 2022

July 21, 2022
Categories
  • Media Statement
Tags
  • Bahasa Melayu
  • Malaysia
  • PENDANAAN POLITIK

Kuala Lumpur, 21 Julai 2022: Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) mengenai Pendanaan Politik, diwakili oleh Pengerusinya YB Fadhli Shaari (PAS – Pasir Mas) telah mengemukakan satu usul kepada Parlimen untuk membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian mengenai Pendanaan Politik. Usul itu telah diserahkan kepada Setiausaha Dewan Rakyat pada 13 Julai 2022.

Objektif utama RUU ini adalah untuk mengawal pendanaan awam dan swasta parti politik sebagai satu cara untuk membendung rasuah dan menjadikan proses pendanaan politik lebih bertanggungjawab. RUU ini mendefinisikan “pendanaan politik” sebagai “aktiviti memperolehi dana bagi perbelanjaan yang ditanggung semasa aktiviti parti dan untuk mengekalkan jentera parti. Aktiviti ini termasuk pemungutan dana, kos penyelenggaraan pejabat tetap, penjalanan penyelidikan dasar, penjalanan tinjauan pendapat dan pendidikan politik, penjalanan kempen pengiklanan dasar, dan penggerakan pengundi.”

Kandungan utama RUU ini, antaranya adalah;

  1. Hanya parti politik yang dibenarkan menerima pendermaan dalam bentuk wang atau bukan dalam bentuk wang.
  2. Satu Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai Pendanaan Politik dan satu Suruhanjaya Pendanaan Politik hendaklah ditubuhkan.
  3. Satu Kumpulan Wang Parti Politik ditubuhkan untuk mengurus pendanaan awam kepada parti politik yang berkelayakan berjumlah Seratus Tiga Puluh Juta Ringgit (RM 130,000,000.00) setahun. Sebuah parti politik berkelayakan mendapat penguntukan ini jika mendapatkan sekurang-kurangnya dua peratus (2%) daripada jumlah undi sah dalam satu pilihan raya.
  4. Suruhanjaya mestilah menyediakan suatu laporan berhubung dengan Kumpulan Wang, mengenai semua pendermaan yang dibuat kepada parti politik pada tahun itu dan mengemukakan laporan itu dan buku serta rekod perakaunan Suruhanjaya yang berkaitan dengan Kumpulan Wang kepada Ketua Audit Negara untuk diaudit.
  5. Jumlah maksimum pendermaan yang dibenarkan daripada satu orang adalah Lima Puluh Ribu Ringgit (RM 50,000.00), daripada suatu syarikat Seratus Ribu Ringgit (RM 100,000.00) dan daripada suatu kumpulan syarikat Lima Ratus Ribu Ringgit (RM 500,000.00) dalam satu tahun kewangan.
  6. Syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) pada peringkat persekutuan, negeri dan atau peringkat badan berkanun serta beberapa yayasan dilarang memberikan pendermaan kepada parti politik. 
  7. Sepuluh Juta Ringgit (RM10,000,000.00) hendaklah dibahagikan mengikut perkadaran berdasarkan bilangan wakil rakyat wanita parti politik yang berkelayakan.
  8. Larangan menerima pendermaan daripada kerajaan asing atau agensi kerajaan asing.
  9. Setiap pendermaan yang diberikan daripada suatu penderma yang dibenarkan kepada parti politik yang didapatkan dalam tahun kewangannya dan diterima oleh ahli parti politik atau parti politik mestilah direkodkan dalam laporan pendermaan di bawah seksyen ini bagi tahun kewangan itu jika pendermaan itu ialah satu pendermaan yang melebihi Tiga Ribu Ringgit (RM 3,000.00) atau mana-mana jumlah lain yang ditetapkan atau jika, apabila pendermaan itu ditambah kepada mana-mana pendermaan lain daripada penderma yang sama yang dibenarkan, jumlah amaun pendermaan itu melebihi Tiga Ribu Ringgit (RM 3,000.00), atau mana-mana jumlah lain yang ditetapkan.

Tambahan pula, KRPPM ini percaya bahawa sidang kedua penggal kelima dalam sidang Parlimen kali ini merupakan masa yang tepat untuk memasukkan Akta Pendanaan Politik sebagai satu komponen penting dalam agenda pembaharuan di samping Akta Anti Lompat Parti, Akta Perkhidmatan Parlimen (PSA), penambahbaikan lanjut kepada Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) serta Kumpulan Wang Pembangunan Kawasan (CDF).

Sebarang perbincangan mengenai Akta Pendanaan Politik adalah seiring dengan pengumuman terdahulu Perdana Menteri pada 19 Mei 2022 bahawa Kabinet secara prinsipnya telah bersetuju untuk akta ini diperkenalkan sebagai perundangan dan dilaksanakan. KRPPM mengenai Pendanaan Politik menggesa Perdana Menteri dan Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah (JKKMAR) untuk mempertimbangkan RUU ini serta KRPPM terbuka untuk membantu memudahkan penglibatan masa hadapan bersama pemegang taruh berkaitan.

Adalah demi kepentingan semua parti politik di Malaysia RUU Persendirian ini dibentangkan dan dibahaskan di Parlimen. Kami juga menggesa pimpinan kanan semua parti politik untuk menerajui perbualan mengenai cara ketelusan yang lebih besar dapat diperkenalkan dalam mengurus kewangan parti mereka. Akhirnya, satu Akta Pendanaan Politik akan menyediakan satu pentas politik yang sama rata, memprofesionalkan politik serta memperkenalkan lebih kematangan dalam budaya politik Malaysia.

Soalan-soalan lazim (FAQs) 

  1. Mengapakah KRPPM mengenai Pendanaan Politik mengambil keputusan untuk mengemukakan satu Rang Undang-Undang Persendirian?

Beberapa percubaan terdahulu untuk mendapatkan RUU yang telah dirangka oleh kerajaan-kerajaan sebelum ini menemui kegagalan. Oleh itu, kami mengambil keputusan untuk menggunakan sarana KRPPM ini untuk merangka satu RUU baharu berdasarkan kajian yang telah dijalankan mengenai topik ini sejak tahun 2009. 

      2. Mengapakah RUU ini menyarankan RM130 juta untuk diperuntukkan sebagai dana awam kepada parti-parti politik?

Jumlah sebanyak RM130 juta ini diperoleh dengan cara mengambil nilai median daripada 10 tahun terakhir belanjawan persekutuan dan kemudian mendarabkannya dengan 0.05%.

      3.  Apakah kriteria yang diperlukan serta proses yang terlibat untuk dipilih ke dalam Suruhanjaya Pendanaan Politik?

Suruhanjaya hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas perundingan dengan Jawatankuasa Pendanaan Politik. Keahlian Suruhanjaya hendaklah terdiri daripada seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi dan lima anggota lain yang berkhidmat selama tempoh 6 tahun dan mereka hendaklah berkelayakan untuk dilantik semula bagi suatu tempoh 6 tahun lagi. Dalam pelantikan anggota Suruhanjaya, Yang di-Pertuan Agong hendaklah mengambil kira kepentingan untuk mendapatkan Suruhanjaya yang meraih kepercayaan awam.

       4. Apakah peranan/tugas Suruhanjaya Pendanaan Politik dan ruang lingkup kuasa mereka? Sejauh manakah mereka dibenarkan menghukum parti-parti politik?

Tugas dan ruang lingkup kuasa Suruhanjaya Pendanaan Politik adalah:

a.       Menuntut daripada suatu parti politik apa-apa maklumat sebagaimana yang dikehendaki bagi pelaksanaan Akta ini

b.       Mengenakan amaran, denda atau kompaun menurut peruntukan Akta ini; dan pelucuthakan mana-mana pendermaan yang tidak dibenarkan

c.       Kuasa penyiasatan, semakan atau rayuan

       5. Apakah penalti pelanggaran Akta ini?

Mana-mana orang atau parti politik yang melanggar Akta ini hendaklah bertanggungan denda tidak melebihi Sepuluh Ribu Ringgit (RM 10,000.00) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya.

Muat turun sokongan di sini

— TAMAT —

Muat Turun Kenyataan Media PDF Fail Di Sini

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Aira Azhari, Pengurus Kanan, Unit Demokrasi dan Tadbir Urus
T: +603 2070 8881/8882 | E: aira@ideas.org.my

Louis Denis,Pengurus Perhubungan Luar
T: +603 2070 8881/8882 | E: louis@ideas.org.my

Tentang KRPPM Mengenai Pendanaan Politik

KRPPM Mengenai Pendanaan Politik telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 20 April 2022. Objektif utama KRPPM Mengenai Pendanaan Politik adalah untuk mewujudkan satu sarana supaya para Ahli Parlimen, Senator dan organisasi masyarakat sivil (CSO) dapat mengadakan perbincangan serta mempertimbangkan kepentingan pembaharuan pendanaan politik di Malaysia.

Anggota KRPPM Mengenai Pendanaan Politik

Ahli Parlimen

1.     YB Tuan Ahmad Fadhli bin Saari (PAS -Pasir Mas)

  • Pengerusi

2.     YB Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil (PKR – Lembah Pantai)

  • Timbalan Pengerusi

3.     YB Puan Wong Shu Qi (DAP – Kluang)

  • Setiausaha

4.     YB Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau (UPKO – Tuaran)

  •   Bendahari

5.     YB Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah (PPBM – Indera Mahkota)

6.     YB Dato’ Seri Utama Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir (Pejuang – Jerlun)

7.     YB Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan (UMNO – Pontian)

8.     YB Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman (MUDA – Muar)

9.     YB Tuan Larry Soon@Larry Sng Wei Shien (Parti Bangsa Malaysia – Julau)

Senator

YB Puan Fadhlina binti Dato’ Sidek, Pulau Pinang (PKR)

Ahli CSO

1.      Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) (Sekretariat)

2.      Agora Society

3.      Bait Al-Amanah

4.      Pusat untuk Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4)

5.      Engage Network

6.      G25 Malaysia

7.      Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH)

8.      Rasuah Busters

9.      Transparency International-Malaysia (TI-M)

10.  Badan Peguam Malaysia

11.  Puan Maha Balakrishnan (Pakar)

12.  Prof. Wong Chin Huat (Pakar)

Share

Related posts

December 17, 2025

IDEAS dan IAC Menekankan Kelebihan Kursus Guru dan Peluang Lanjut Untuk Menyokong Pendidikan Autisme di Malaysia


Read more
December 17, 2025

IDEAS and IAC Highlight the Benefits of Teacher Training and Further Opportunities to Support Autism Education in Malaysia


Read more
December 9, 2025

IDEAS Releases Report Exploring Political Influencer Activity in Malaysia


Read more

Comments are closed.

Categories

  • Digital Media
    • Infographic
    • Podcast
    • Video
  • News & Opinion
    • Blog
    • Media Statement
    • News
    • Opinion

Follow Us

Contact Us

  • +603 – 2070 8881 / 8882
  • +603 – 2070 8883
  • admin@ideas.org.my

Sign up for our newsletter

© Copyright - 2025 | ideas.org.my | Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS)