Kuala Lumpur, 30 November 2020 –IDEAS telah menerbitkan ASEAN Integration Report 2020: To Compete or Co-operate? A call for ASEAN Convergence in Policy in the Wake of COVID-19. Pertumbuhan ekonomi kebanyakan negara ASEAN kelihatan menurun pada suku kedua tahun 2020, dan pemulihan kelihatan sedang berlaku pada suku ketiga. Walaupun tindak balas utama terhadap wabak telah berlangsung pada peringkat nasional, tindak balas serantau oleh ASEAN dapat memainkan peranan pelengkap kepada usaha ini. Penandatanganan Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) baru baru ini antara 10 negara anggota ASEAN dan 5 rakan kongsi perdagangan terbesarnya harus membuka jalan kepada kerjasama serantau yang lebih baik dalam mengusahakan pembaharuan struktural terutamanya di dalam kerangka kerja tadbir urus ASEAN supaya dapat memacu integrasi ekonomi yang lebih berkualiti tinggi.
Laporan ini menilai situasi integrasi ASEAN dalam empat perkara berbeza serta menyoroti cabaran dan peluang yang terhasil disebabkan wabak:
Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS, Tricia Yeoh ketika mengulas perkara ini berkata, “Satu kesimpulan yang tidak mengejutkan tetapi sentiasa relevan daripada laporan ini ialah kerjasama berbanding persaingan sangat penting dalam strategi pemulihan COVID-19 bermula dari pelancongan, rantaian bekalan dunia, penerbangan, pendigitalan sehingga migrasi. Asas kepada integrasi serantau ASEAN telah ditetapkan melalui usaha-usaha yang dilakukan baru baru ini seperti pelancaran Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) pada tahun 2015 dan AEC Blueprint 2025. Namun, wabak ini telah mendedahkan had keterbatasan situasi semasa integrasi ASEAN. Negara-negara anggota ASEAN perlu mengambil peluang wabak ini untuk mengambil langkah-langkah yang konkrit dalam mengukuhkan hubungan sebagai sebahagian dari satu pemulihan yang lestari.”
Laporan ini merupakan kemuncak kepada pelbagai kertas cadangan dan aktiviti advokasi pada tahun lepas di bawah ASEAN Prosperity Initiative (API) IDEAS. Laporan ini menggesa kerajaan-kerajaan ASEAN untuk mempertimbangkan satu pendekatan yang memberi lebih penumpuan terhadap kerjasama ketika rantau ini menjalani pemulihan dari wabak. Laporan ini merangkumi input dari Dr. Jayant Menon (Fellow Kanan Pelawat di ISEAS dan Fellow Kanan di IDEAS), Ridha Aditya Nugraha (Penolong Profesor di Universitas Prasetiya Mulya), Suraj Nair (Penyelidik – Ekonomi Politik Perindustrian Malaysia), dan pasukan penyelidik IDEAS.
— TAMAT —
Untuk sebarang pertanyaan, hubungi amir@ideas.org.my