• About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • Home
  • All Posts
  • News & Opinion Media Statement
  • IDEAS dan Majlis Peguam terajui desakan untuk bentang Akta Pendanaan Politik

IDEAS dan Majlis Peguam terajui desakan untuk bentang Akta Pendanaan Politik

June 24, 2022
Categories
  • Media Statement
Tags
  • Bahasa Melayu
  • Malaysia
  • PENDANAAN POLITIK

Kuala Lumpur, 24 Jun 2022: Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) bersama-sama Majlis Peguam Malaysia telah menganjurkan sebuah persidangan pada 23 Jun 2022 yang bertajuk, “Political Financing Act: Current Status, Challenges and the Way Forward.” Persidangan ini merupakan satu usaha meningkatkan tekanan terhadap kerajaan untuk membentangkan Akta Pendanaan Politik. 

Persidangan ini telah dibarisi oleh:

Sesi 1: Transparency in Political Financing: A Tool against Political Corruption 

  1. Prof Wong Chin Huat, Profesor, Bahagian Pengajian Tadbir Urus, Jeffrey Cheah Institute on Southeast Asia, Sunway University
  2. Dr Terence Gomez, Mantan Profesor, Ekonomi Politik, Universiti Malaya
  3. Benedict Weerasena, Pengarah Penyelidikan, Bait Al-Amanah

Sesi 2: Public Funding in a Political Financing Act 

  1. Dr Fernando Casal Bertoa, Profesor Madya, School of Politics and International Relations, University of Nottingham UK 
  2. Thomas Fann, Pengerusi, BERSIH dan anggota Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) mengenai Pendanaan Politik
  3. YB Fahmi Fadzil, Ahli Parlimen Lembah Pantai dan Timbalan Pengerusi KRPPM mengenai Pendanaan Politik

Sesi 3: Independence of Regulating Political Financing: A Proposed New Commission 

  1. YB Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, Ahli Parlimen Tuaran dan anggota KRPPM mengenai Pendanaan Politik 
  2. Dato’ Sri M Ramachelvam, Pengerusi, Jawatankuasa Pembaharuan Undang-undang dan Perkara Khas, Majlis Peguam
  3. Alan Kirupakaran, Ahli Lembaga Pengarah, Transparency International-Malaysia 

Sesi 4: Challenges of a Political Financing Act 

  1. Cynthia Gabriel, Pengarah Eksekutif, C4 Center
  2. Andrew Khoo, Pengerusi, Jawatankuasa Undang-undang Perlembagaan, Majlis Peguam
  3. YB Maria Chin Abdullah, Ahli Parlimen Petaling Jaya dan Timbalan Pengerusi KRPPM untuk Matlamat Pembangunan Mapan (SDG)

“Perjalanan yang kami lalui untuk memperjuangkan ketelusan dalam pendanaan politik amat panjang, tetapi kita perlu memulakan sesuatu. Kami berharap persidangan pada hari ini akan menyemarakkan semula komitmen untuk membentangkan Akta ini dan menghalang rasuah politik menjadi lebih teruk,” ulas Tricia Yeoh, Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS.

Secara ringkasnya, ketidaktelusan dalam pendanaan pilihan raya akan menyebabkan penyalahgunaan kuasa, lalu akan membawa kepada amalan rasuah. Amalan rasuah menjejaskan hak asasi manusia kerana memberikan kelebihan yang tidak adil kepada kumpulan tertentu,” kata Karen Cheah, Presiden Majlis Peguam dalam ucapan alu-aluannya.“ Tidak syak lagi, penyalahgunaan kuasa, rasuah dan pilihan raya yang didanai melalui cara yang keji tidak mempunyai tempat dalam demokrasi yang matang kerana sebuah demokrasi yang matang berbangga dengan kedaulatan undang-undang. Ketidaktelusan ini bukan sahaja melemahkan keyakinan awam dalam institusi negara bahkan menjejaskan reputasi Malaysia dalam masyarakat antarabangsa,” tambahnya lagi.

Dapatan utama persidangan ini adalah:

  1. Kajian dan perbincangan mengenai pendanaan politik telah berlaku semenjak tahun 2009, namun tindakan dan usaha yang konkrit berjalan dengan amat perlahan 
  2. Sebuah badan bebas untuk mengawal selia pendanaan politik adalah amat penting: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia atau sebuah suruhanjaya baharu boleh diwujudkan untuk tujuan khusus ini 
  3. Pendanaan awam amat penting kerana membantu mengurangkan rasuah politik dan mengembalikan keyakinan 
  4. Pendanaan politik hanyalah salah satu pembaharuan yang diperlukan. Antara perkara yang turut diperlukan adalah pengisytiharan harta, pembaharuan SPR dan memprofesionalkan politik 
  5. Parti politik memerlukan wang untuk beroperasi dan menjalankan aktiviti seperti kajian dasar 
  6. Pembaharuan institusi harus dianggap sama penting dengan isu mata pencarian rakyat – salah satu penyebab kemiskinan adalah rasuah 
  7. Dengan pendanaan yang betul, parti-parti politik akan mempunyai sumber untuk membangunkan dasar-dasar berkualiti yang diperlukan rakyat 
  8. Pengawalseliaan pendanaan politik menyumbang kepada pengurangan amalan rasuah sekaligus memastikan wang pembayar cukai dan sumber awam tidak dibazirkan 

“Kita harus melihat pembaharuan pendanaan politik sebagai sebahagian daripada usaha yang lebih besar untuk mengukuhkan parti-parti politik. Parti politik yang lemah akan menghasilkan dasar-dasar yang lemah – sama ada bersifat populis atau mempunyai pemikiran berjangka pendek. Akta Pendanaan Politik amat penting untuk mengukuhkan demokrasi dan parti-parti politik di Malaysia,” kata Tricia Yeoh.

— TAMAT —

Muat Turun Kenyataan Media PDF Fail Di Sini

Untuk pertanyaan, sila hubungi:
Aira Azhari, Pengurus Kanan, Unit Demokrasi dan Tadbir Urus
T: +603 2070 8881/8882 | E: aira@ideas.org.my

Louis Denis, Pengurus Perhubungan Luar
T: +603 2070 8881/8882 | E: louis@ideas.org.my

Tentang KRPPM Mengenai Pendanaan Politik

KRPPM Mengenai Pendanaan Politik telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 20 April 2022. Objektif utama KRPPM Mengenai Pendanaan Politik adalah untuk mewujudkan satu sarana supaya para Ahli Parlimen, Senator dan organisasi masyarakat sivil (CSO) dapat mengadakan perbincangan serta mempertimbangkan kepentingan pembaharuan pendanaan politik di Malaysia.

Anggota KRPPM Mengenai Pendanaan Politik

Ahli Parlimen

1.     YB Tuan Ahmad Fadhli bin Saari (PAS -Pasir Mas)

  • Pengerusi

2.     YB Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil (PKR – Lembah Pantai)

  • Timbalan Pengerusi

3.     YB Puan Wong Shu Qi (DAP – Kluang)

  • Setiausaha

4.     YB Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau (UPKO – Tuaran)

  •   Bendahari

5.     YB Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah (PPBM – Indera Mahkota)

6.     YB Dato’ Seri Utama Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir (Pejuang – Jerlun)

7.     YB Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan (UMNO – Pontian)

8.     YB Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman (MUDA – Muar)

9.     YB Tuan Larry Soon@Larry Sng Wei Shien (Parti Bangsa Malaysia – Julau)

Senator

YB Puan Fadhlina binti Dato’ Sidek, Pulau Pinang (PKR)

Ahli CSO

1.      Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) (Sekretariat)

2.      Agora Society

3.      Bait Al-Amanah

4.      Pusat untuk Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4)

5.      Engage Network

6.      G25 Malaysia

7.      Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH)

8.      Rasuah Busters

9.      Transparency International-Malaysia (TI-M)

10.  Badan Peguam Malaysia

11.  Puan Maha Balakrishnan (Pakar)

12.  Prof. Wong Chin Huat (Pakar)

Share

Related posts

December 17, 2025

IDEAS dan IAC Menekankan Kelebihan Kursus Guru dan Peluang Lanjut Untuk Menyokong Pendidikan Autisme di Malaysia


Read more
December 17, 2025

IDEAS and IAC Highlight the Benefits of Teacher Training and Further Opportunities to Support Autism Education in Malaysia


Read more
December 9, 2025

IDEAS Releases Report Exploring Political Influencer Activity in Malaysia


Read more

Comments are closed.

Categories

  • Digital Media
    • Infographic
    • Podcast
    • Video
  • News & Opinion
    • Blog
    • Media Statement
    • News
    • Opinion

Follow Us

Contact Us

  • +603 – 2070 8881 / 8882
  • +603 – 2070 8883
  • admin@ideas.org.my

Sign up for our newsletter

© Copyright - 2025 | ideas.org.my | Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS)