• About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • Home
  • All Posts
  • News & Opinion Media Statement
  • IDEAS lancar kempen digital Sekolah Kita untuk didik rakyat Malaysia tentang cabaran yang pelajar Orang Asli hadapi

IDEAS lancar kempen digital Sekolah Kita untuk didik rakyat Malaysia tentang cabaran yang pelajar Orang Asli hadapi

February 25, 2022
Categories
  • Media Statement
Tags
  • Bahasa Melayu
  • Orang Asli
  • Pendidikan

Kuala Lumpur, 25 Februari 2022 – Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) telah melancarkan kempen digital Sekolah Kita untuk mendidik rakyat Malaysia tentang cabaran yang dihadapi oleh para pelajar Orang Asli, dan membayangkan semula sekolah agar menjadi lebih terangkum kepada mereka. Tunjang kepada kempen multimedia yang dilancarkan pada hari ini adalah persoalan, “Apakah sekolah impian anda?”

Dinamakan “Sekolah Kita”, laman sesawang kempen ini (sekolahkita.my) merupakan sebuah “pembelajaran” interaktif yang mengandungi lima bab – setiap bab adalah sebuah kisah pendek berdasarkan gambaran pelajar Orang Asli tentang sekolah impian mereka.

“Saya mahukan sebuah sekolah di dalam hutan dengan bangunan yang ringkas,” kata seorang kanak-kanak perempuan Orang Asli dalam salah satu kisah tersebut. “Kami akan belajar menangkap ikan, membuat rumah, dan belajar tentang kehidupan haiwan.”

Di samping menyampaikan aspirasi pelajar Orang Asli, kisah-kisah ini juga menceritakan tentang cabaran semasa yang mereka hadapi. Seorang lagi kanak-kanak perempuan Orang Asli menggambarkan sekolah impiannya sebagai sebuah bangunan tinggi di dalam kampungnya sendiri supaya dia tidak perlu mengharungi perjalanan selama lapan jam dengan menaiki lori untuk ke sekolah.

Satu permainan bercirikan pencarian harta karun telah dibina dalam laman sesawang ini, iaitu para pelawat boleh menjumpai pelbagai saranan pakar untuk  menjadikan pendidikan boleh dicapai dengan lebih baik oleh komuniti Orang Asli, yang tersembunyi dalam setiap kisah pendek.

Setelah menemui kesemua 12 saranan tersembunyi itu, satu ganjaran akan diberikan. Permainan ini merupakan satu penciptaan bilik darjah yang interaktif, iaitu para pelawat laman sesawang dapat mencipta sebuah bilik darjah impian mereka dan berkongsikannya di media sosial.

“Capaian pendidikan untuk kanak-kanak Orang Asli adalah satu isu yang berpanjangan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS, Tricia Yeoh. “Kami memilih pendekatan inovatif ini dengan menggunakan peralatan interaktif dengan harapan, kami dapat mencetuskan perbualan baharu dan mungkin menjumpai pendekatan-pendekatan yang segar untuk menyelesaikan masalah ini.”

IDEAS sebelum ini telah menerbitkan satu kertas kajian yang menganalisis cabaran yang dihadapi oleh pelajar Orang Asli serta menyarankan penyelesaian dasar yang berpotensi dilaksanakan. Kempen Sekolah Kita ini adalah berdasarkan kertas kajian tersebut dan membentangkan hasil kajiannya dalam satu format yang interaktif.

Salah satu hasil dapatan utama kertas kajian tersebut adalah kepentingan untuk bergerak menjauhi ‘wacana defisit’ yang sedang berlaku, iaitu kehidupan Orang Asli dilihat sebagai punca kepada prestasi akademik atau kehadiran ke sekolah yang teruk. Hal ini telah mencipta satu suasana persekolahan yang menyebabkan kanak-kanak Orang Asli merasa tidak dialu-alukan atau didiskriminasi.

“Ini merupakan perubahan yang kita perlukan – untuk mula melihat pengetahuan tradisional dan adat budaya Orang Asli sebagai satu sumber yang bernilai, serta sesuatu yang boleh diajar di sekolah untuk manfaat semua pelajar,” kata Yeoh.

“Dalam hal ini, ia bukanlah tentang Orang Asli perlu berubah sebaliknya sekolah kita yang perlu melakukan perubahan. Kita perlu membayangkan semula sekolah kita dalam satu cara yang setiap kanak-kanak tanpa mengira etnik atau kelas akan diraikan.”

Sebagai sebahagian daripada usaha advokasi yang sedang berlaku berkenaan isu ini, IDEAS akan menganjurkan satu perbincangan meja bulat pada 28 Februari 2022 bersama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia dan pemegang taruh lain untuk mengenal pasti perkara utama yang usaha kerjasama akan dapat menjana impak tinggi demi manfaat kepada para pelajar Orang Asli.

Kempen Sekolah Kita ini dihasilkan oleh IDEAS dengan kerjasama The Fourth.

— TAMAT —

Muat Turun Kenyataan Media PDF Fail Di  Sini

Untuk pertanyaan, sila hubungi:
Zokhri Idris, Ph.D, Pengarah Perhubungan Luar
T: +603 2070 8881/8882 | E: zokhri@ideas.org.my

Share

Related posts

December 17, 2025

IDEAS dan IAC Menekankan Kelebihan Kursus Guru dan Peluang Lanjut Untuk Menyokong Pendidikan Autisme di Malaysia


Read more
December 17, 2025

IDEAS and IAC Highlight the Benefits of Teacher Training and Further Opportunities to Support Autism Education in Malaysia


Read more
December 9, 2025

IDEAS Releases Report Exploring Political Influencer Activity in Malaysia


Read more

Comments are closed.

Categories

  • Digital Media
    • Infographic
    • Podcast
    • Video
  • News & Opinion
    • Blog
    • Media Statement
    • News
    • Opinion

Follow Us

Contact Us

  • +603 – 2070 8881 / 8882
  • +603 – 2070 8883
  • admin@ideas.org.my

Sign up for our newsletter

© Copyright - 2025 | ideas.org.my | Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS)