• About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • Home
  • All Posts
  • News & Opinion Media Statement
  • IDEAS menyeru kebolehramalan dan koordinasi lebih baik dalam pengurusan wabak oleh kerajaan berikutan pelaksanaan PKP baharu

IDEAS menyeru kebolehramalan dan koordinasi lebih baik dalam pengurusan wabak oleh kerajaan berikutan pelaksanaan PKP baharu

May 11, 2021
Categories
  • Media Statement
Tags
  • Bahasa Melayu
  • COVID-19
  • MCO

Kuala Lumpur, 11 Mei 2021 – Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) menyeru kebolehramalan dan koordinasi yang lebih baik dalam tindak balas terhadap wabak semasa oleh kerajaan Malaysia untuk memastikan pemulihan, berikutan pengumuman oleh Perdana Menteri pada hari Isnin untuk pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara meluas ke seluruh negara bermula 12 Mei sehingga 7 Jun.

IDEAS maklum akan situasi yang memberikan gambaran seolah-olah kerajaan kurang kepimpinan dalam membuat keputusan, apabila pengumuman pelaksanaan PKP dilakukan pada saat akhir dan untuk beberapa perkara, menarik semula langkah-langkah yang telah diumumkan. Pihak kerajaan juga perlu mempunyai koordinasi yang lebih baik antara kementerian kerana beberapa pengumuman berkenaan PKP seringkali kelihatan bercanggah.

Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS, Tricia Yeoh menyatakan, “Pelbagai keputusan saat akhir ini menjejaskan proses perancangan perniagaan, disebabkan para pemilik perniagaan termasuk peruncit dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) perlu terlebih dahulu melakukan persediaan logistik, sumber manusia, dan aliran tunai. Jika perancangan yang lebih baik dilakukan, sekurang-kurangnya para pemimpin perniagaan akan dapat meletakkan jangkaan yang lebih baik.”

“Proses membuat keputusan kerajaan yang lebih telus akan meningkatkan kepercayaan awam. Pada ketika ini, tahap kepercayaan kekal rendah. Sebagai contoh, komunikasi yang sedikit kepada masyarakat awam berkenaan sistem Hotspot Identification by Dynamic Engagement (HIDE)  dan pada ketika sistem ini diumumkan, lokasi terbabit telah diarahkan ditutup pada keesokan hari. Walaupun penggunaan data untuk memberi panduan dalam membuat keputusan awam merupakan sesuatu yang positif, kami mencadangkan pendidikan awam yang lebih baik untuk program seumpamanya serta proses membuat keputusan.”

IDEAS sebelum ini pernah mencadangkan penggunaan satu Indeks Keparahan Wabak seperti yang disarankan oleh Pusat Kawalan Penyakit (CDC) supaya terdapat satu neraca pengukuran yang diketahui awam agar dapat ditentukan waktu yang sesuai sama ada sekatan perlu ditingkatkan atau dikurangkan berdasarkan kepada keparahan situasi wabak. Satu pendekatan berperingkat terhadap situasi dan pengurusan wabak bermaksud keputusan yang diambil adalah berpandukan data, bebas, dan bukan sewenang-wenangnya sebagaimana sekarang. Persepsi umum ketika ini adalah keputusan yang diambil oleh pihak berkuasa dilakukan secara ad-hoc sahaja.

Yeoh berkata, “IDEAS menyeru kepada satu pendekatan pengurusan wabak Malaysia secara kolektif dan melibatkan pelbagai pihak, termasuk sebagaimana yang telah kami cadangkan, koordinasi yang lebih baik antara pihak berkuasa persekutuan dan semua kerajaan negeri serta kerajaan tempatan. Kebolehramalan merupakan kunci kepada pemulihan ekonomi yang sangat diperlukan negara pada hari ini. Berdasarkan kepada data yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia hari ini, ekonomi Malaysia telah mengecut sebanyak 0.5% pada suku pertama tahun ini. Walaupun ini merupakan satu peningkatan berbanding pengecutan sebanyak 3.4% pada suku sebelum ini, masih banyak perkara yang perlu dilakukan untuk menstabilkan ekonomi dan pulih sepenuhnya dengan segera pada tahun-tahun yang akan datang.”

“Akhirnya, kepercayaan awam amat penting dalam pengurusan wabak sebesar ini, sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh negara yang berjaya menangani tindak balas wabak dengan berkesan seperti Taiwan, New Zealand, dan Vietnam. Walaupun pihak kerajaan mungkin tulus dalam pelaksanaan pelbagai PKP ini, hal ini akan menjadi sia-sia jika masyarakat awam enggan mematuhinya disebabkan kurang rasa percaya terhadap pihak berkuasa. Membina semula rasa percaya masyarakat awam perlu diutamakan.”

— TAMAT —

Muat Turun Kenyataan Media PDF Fail Di Here
Untuk pertanyaan, sila hubungi:
Amir Ridzuan Jamaludin, Penolong Pengurus, Perhubungan Luar
T: +603 2070 8881/8882 | E: amir@ideas.org.my

Share

Related posts

December 17, 2025

IDEAS dan IAC Menekankan Kelebihan Kursus Guru dan Peluang Lanjut Untuk Menyokong Pendidikan Autisme di Malaysia


Read more
December 17, 2025

IDEAS and IAC Highlight the Benefits of Teacher Training and Further Opportunities to Support Autism Education in Malaysia


Read more
December 9, 2025

IDEAS Releases Report Exploring Political Influencer Activity in Malaysia


Read more

Comments are closed.

Categories

  • Digital Media
    • Infographic
    • Podcast
    • Video
  • News & Opinion
    • Blog
    • Media Statement
    • News
    • Opinion

Follow Us

Contact Us

  • +603 – 2070 8881 / 8882
  • +603 – 2070 8883
  • admin@ideas.org.my

Sign up for our newsletter

© Copyright - 2025 | ideas.org.my | Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS)