• About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • Home
  • All Posts
  • News & Opinion Media Statement
  • IDEAS: Ordinan Darurat menentang “berita palsu” tindas kebebasan bersuara

IDEAS: Ordinan Darurat menentang “berita palsu” tindas kebebasan bersuara

March 12, 2021
Categories
  • Media Statement
Tags
  • Bahasa Melayu
  • COVID-19
  • governance

Kuala Lumpur, 12 Mac 2021 –Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) merasa bimbang dengan ordinan terkini yang dikeluarkan untuk menentang “berita palsu” dan pengisytiharan darurat.

Ini bukan merupakan kali pertama kerajaan Malaysia menggunakan percambahan berita palsu sebagai alasan untuk mendefinisikan perkara yang benar dan tidak benar. Pada tahun 2019, Akta Antiberita Tidak Benar 2018 telah dimansuhkan, tetapi Ordinan baharu ini seakan-akan telah mengembalikan beberapa elemen yang terkandung di dalamnya.

“Kami amat bimbang dengan definisi luas untuk “berita palsu” yang bukan saja meliputi berita berkaitan COVID-19 bahkan turut meliputi pengisytiharan darurat. Hukuman sehingga RM100,000 yang dikenakan untuk sesiapa yang mengadakan, menerbitkan atau mengedarkan berita palsu, atau hukuman penjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya, adalah amat menindas,” ulas Tricia Yeoh, Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS. Di bawah undang-undang ini, berita palsu termasuk “rencana, visual atau rakaman audio atau dalam apa-apa bentuk lain yang boleh menggambarkan perkataan atau idea.”

“Secara asasnya hal ini memberikan kerajaan kuasa mutlak untuk mendefinisikan sebarang bentuk bahan sebagai “berita palsu”. Apa yang lebih merisaukan ialah, disebabkan ini merupakan Ordinan Darurat, pihak kerajaan, polis atau mana mana pegawai yang diberi kuasa tidak boleh dibawa ke mahkamah kerana melaksanakan  peruntukan Ordinan ini. Jelas tiada mandat demokrasi dalam penguatkuasaan Ordinan ini, menjadikannya lebih teruk daripada Akta Antiberita Tidak Benar 2018 yang telah dimansuhkan,” tambah Yeoh.

“Ordinan ini mengukuhkan lagi persepsi bahawa situasi Darurat yang sedang dihadapi ini hanyalah satu tabir untuk mengekang sebarang bentuk kritikan terhadap kerajaan pemerintah. Harus diakui bahawa banyak pihak telah memberikan kritikan membina disebabkan mereka khuatir akan keadaan negara dan mahukan penambahbaikan.

“Perintah Darurat bererti Parlimen terus digantung, melumpuhkan proses demokrasi negara. Rakyat Malaysia tidak seharusnya berterusan dijadikan tebusan oleh ahli politik.

“Salah satu daripada prinsip asas demokrasi yang berfungsi dengan baik ialah kebebasan rakyat untuk bersuara terhadap apa jua perkara, terutamanya kemampuan untuk menyatakan sebarang kesalahan yang dilakukan kerajaan dan memastikan kerajaan bertanggungjawab. Ordinan ini merupakan satu langkah ke belakang ketika Malaysia sudah berada dalam kemerosotan status demokratik. IDEAS menggesa Parlimen untuk untuk kembali bersidang dan kebebasan rakyat dihormati,” simpul Yeoh.

— TAMAT —

Muat Turun Kenyataan Media PDF Fail Di  sini

Untuk pertanyaan, sila hubungi:
Amir Ridzuan Jamaludin, Penolong Pengurus, Perhubungan Luar
T: +603 2070 8881/8882 E: amir@ideas.org.my

Aira Azhari, Pengurus, Unit Demokrasi dan Tadbir Urus
T: +603 2070 8881/8882 E: aira@ideas.org.my

Share

Related posts

December 17, 2025

IDEAS dan IAC Menekankan Kelebihan Kursus Guru dan Peluang Lanjut Untuk Menyokong Pendidikan Autisme di Malaysia


Read more
December 17, 2025

IDEAS and IAC Highlight the Benefits of Teacher Training and Further Opportunities to Support Autism Education in Malaysia


Read more
December 9, 2025

IDEAS Releases Report Exploring Political Influencer Activity in Malaysia


Read more

Comments are closed.

Categories

  • Digital Media
    • Infographic
    • Podcast
    • Video
  • News & Opinion
    • Blog
    • Media Statement
    • News
    • Opinion

Follow Us

Contact Us

  • +603 – 2070 8881 / 8882
  • +603 – 2070 8883
  • admin@ideas.org.my

Sign up for our newsletter

© Copyright - 2025 | ideas.org.my | Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS)