• About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • Home
  • All Posts
  • News & Opinion Media Statement
  • IDEAS sokong kemungkinan pengenalan semula GST dan menyeru satu kajian menyeluruh untuk ukur kesannya terhadap isi rumah rentan

IDEAS sokong kemungkinan pengenalan semula GST dan menyeru satu kajian menyeluruh untuk ukur kesannya terhadap isi rumah rentan

June 13, 2022
Categories
  • Media Statement
Tags
  • Bahasa Melayu
  • Cukai
  • GST
  • Malaysia
  • Pre-Budget Statement

Kuala Lumpur, 11 Jun 2022 – Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) menyokong kemungkinan pengenalan semula Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di Malaysia, tetapi memerlukan satu kajian menyeluruh dan beberapa pusingan perundingan untuk mengkaji kesan terhadap isi rumah dan kumpulan-kumpulan rentan sebelum pelaksanaannya. Langkah-langkah dasar lain seperti subsidi bersasar dan satu program jaringan keselamatan sosial yang rasmi juga perlu diadakan untuk menyerap potensi kenaikan harga barang pasca GST dalam jangka masa terdekat.

Umumnya, GST diperlukan untuk meluaskan aliran pendapatan kerajaan secara mapan di kala kita berhadapan dengan defisit belanjawan yang semakin melebar. Terdapat ruang untuk memperluas asas cukai domestik demi memperkukuh kemapanan fiskal Malaysia. Hasil kutipan GST terbukti mampu memberikan pendapatan yang lebih tinggi berbanding hasil kutipan SST sekarang ini, dan telah meningkatkan kebergantungan Malaysia terhadap cukai pendapatan petroleum ke tahap tertentu, iaitu bergantung pada turun naik harga minyak dunia.

Melihat kepada data dari tahun 2011 sehingga 2020, sekitar 55% daripada pendapatan kerajaan secara purata datang daripada cukai langsung. Antaranya, bahagian cukai pendapatan petroleum berada pada aliran menurun terutamanya semenjak kejatuhan harga minyak dunia pada tahun 2015. Penurunan ini telah diimbangi ke tahap tertentu dengan pelaksanaan GST bermula tahun 2015 hingga 2017. Apabila GST diperkenalkan pada tahun 2015, ia membentuk kira-kira 14% daripada pendapatan kerajaan, dan bahagian ini meningkat secara berterusan sehingga mencapai 23.41% pada tahun 2017. Keseluruhan sumbangan SST hanya sekitar 8%-14% daripada pendapatan kerajaan.

Pendapatan kerajaan mengikut komponen, 2008-2020. (Sumber: Tinjauan Fiskal Kerajaan Persekutuan, Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan)

Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS, Tricia Yeoh, berkata, “GST adalah lebih menyeluruh dan cukai ini menggambarkan aktiviti ekonomi dan pelbagai fungsi dalam ekonomi dengan lebih tepat. Untuk jangka masa panjang, GST akan mewujudkan satu sumber pendapatan yang mapan dan stabil untuk kerajaan yang akan dapat digunakan untuk melabur demi masa hadapan, dalam penjagaan kesihatan dan pendidikan, selain daripada sektor keutamaan lain.”

Namun begitu, satu kajian menyeluruh dan proses perundingan yang teliti diperlukan untuk menentukan kadar cukai yang tepat untuk dikenakan memandangkan keadaan ekonomi tertentu. Kadar GST yang terlalu tinggi berkemungkinan akan mengurangkan permintaan dan/atau menyebabkan tekanan inflasi tambahan terhadap satu persekitaran yang sudah tidak menentu. Kadar yang terlalu rendah mungkin tidak akan dapat membantu meluaskan asas pendapatan kerajaan. Tambahan pula, mempelajari daripada kesilapan lalu, kesedaran serta program latihan dan perancangan pelaksanaan diperlukan untuk memastikan kekeliruan mengenai bayaran balik, pengecualian dan permasalahan pengiraan dapat dihapuskan.

Pengarah Unit Ekonomi dan Perniagaan IDEAS, Juita Mohamad, menegaskan bahawa, “Apabila mempunyai asas pendapatan yang lebih luas, pihak kerajaan perlu mempertimbangkan untuk mewujudkan satu jaringan keselamatan sosial rasmi yang mensasarkan isi rumah rentan, golongan pesara malah golongan pekerja tersisih dalam sektor tidak formal secara konsisten. Walaupun dalam jangka masa terdekat, program pemberian wang tunai sekali beri dapat menampung kesan kenaikan harga barang dan sekatan pergerakan, hal ini dalam jangka masa panjang bukan merupakan langkah terbaik untuk membantu isi rumah rentan secara mapan. Jika pengagihan semula kekayaan menerusi hasil kutipan GST dilakukan dengan betul, ia akan menjadi satu alat yang ampuh untuk membasmi kemiskinan.” 

IDEAS percaya bahawa pengenalan semula GST perlu dilakukan pada masa yang tepat dan dirancang dengan baik, terutamanya ketika ekonomi tempatan dan dunia masih lagi agak rapuh. Apabila GST diperkenalkan kembali pada masa hadapan bersama dengan dasar-dasar lain seperti jaringan keselamatan sosial rasmi dan juga rasionalisasi subsidi dengan memberi penekanan kepada subsidi bersasar, kos jangka masa pendek pengenalan semula GST akan dapat diminimumkan.

— TAMAT —

Muat Turun Kenyataan Media PDF Fail Di Sini

Untuk pertanyaan, sila hubungi:
Dr Juita Mohamad, Pengarah, Unit Ekonomi dan Perniagaan
Pemangku Pengarah Penyelidikan
T: +603 2070 8881/8882 | E: juita@ideas.org.my

Louis Denis, Pengurus Perhubungan Luar
T: +603 2070 8881/8882 | E: louis@ideas.org.my

Share

Related posts

December 17, 2025

IDEAS dan IAC Menekankan Kelebihan Kursus Guru dan Peluang Lanjut Untuk Menyokong Pendidikan Autisme di Malaysia


Read more
December 17, 2025

IDEAS and IAC Highlight the Benefits of Teacher Training and Further Opportunities to Support Autism Education in Malaysia


Read more
December 9, 2025

IDEAS Releases Report Exploring Political Influencer Activity in Malaysia


Read more

Comments are closed.

Categories

  • Digital Media
    • Infographic
    • Podcast
    • Video
  • News & Opinion
    • Blog
    • Media Statement
    • News
    • Opinion

Follow Us

Contact Us

  • +603 – 2070 8881 / 8882
  • +603 – 2070 8883
  • admin@ideas.org.my

Sign up for our newsletter

© Copyright - 2025 | ideas.org.my | Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS)