• About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • Home
  • All Posts
  • News & Opinion Media Statement
  • IDEAS sokong kemungkinan pengenalan semula GST sebagai sebahagian daripada pakej pengukuhan fiskal, seru agar satu kajian mendalam dijalankan terlebih dahulu

IDEAS sokong kemungkinan pengenalan semula GST sebagai sebahagian daripada pakej pengukuhan fiskal, seru agar satu kajian mendalam dijalankan terlebih dahulu

September 30, 2022
Categories
  • Media Statement
Tags
  • Bahasa Melayu
  • Cukai
  • GST
  • Malaysia

Kuala Lumpur, 30 September 2022 – Menjelang pembentangan Belanjawan 2023 di Parlimen pada 7 Oktober 2022, Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) menyatakan sokongan kepada kemungkinan pengenalan semula Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dalam masa terdekat, berpandangan bahawa cukai tersebut akan meluaskan sumber pendapatan kerajaan dengan berkesan. Namun, IDEAS menyeru agar satu kajian mendalam dijalankan terlebih dahulu untuk mengenal pasti kadar cukai yang sesuai dan bagaimanakah dasar ini akan memberi kesan kepada kumpulan isi rumah rentan terutamanya.  

Baru-baru ini kerajaan telah memberi isyarat kemungkinan pengenalan semula GST di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi dunia. Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) telah mengurangkan unjuran pertumbuhan KDNK dunia untuk tahun 2022 daripada 3.6% kepada 3.2%. Untuk tahun 2023, pertumbuhan dijangkakan sebanyak 2.9%. Sebagai sebuah ekonomi terbuka yang kecil, Malaysia perlu bersiap sedia menghadapi kemelesetan global, kerana kebanyakan ekonomi utama telah memperkenalkan dasar pengetatan monetari yang agresif untuk mengekang inflasi.

Sebagaimana yang dikatakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS, Dr Tricia Yeoh, “Kutipan GST akan membenarkan kerajaan meluaskan sumber pendapatan dalam jangka masa segera, di tengah-tengah defisit belanjawan yang semakin meluas dan kemelesetan global yang akan datang. Terdapat konsensus bahawa terdapat ruang penambahbaikan untuk asas cukai domestik diperluaskan di Malaysia kerana hanya kira-kira 55% daripada hasil kerajaan diperoleh daripada cukai langsung secara purata dari tahun 2011 hingga 2020. Membandingkan antara kutipan GST dan SST, pada tahun 2017 GST mewakili kira-kira 23% daripada hasil kerajaan, manakala SST hanya mencapai 14% daripada jumlah hasil kerajaan.”

IDEAS menekankan bahawa jika kadar GST diperkenalkan pada kadar permulaan yang tinggi, mungkin akan menjejaskan lagi permintaan dalam kemelesetan ekonomi tahun hadapan. Hal ini mungkin akan memberi kesan negatif yang berpanjangan kepada pertumbuhan ekonomi domestik. Sebaliknya, jika kadar yang diperkenalkan terlalu rendah, kemungkinan tidak akan memberi kesan yang ketara dalam menambah hasil sedia ada kerajaan.

Pengarah Penyelidikan dan Pengarah Unit Ekonomi dan Perniagaan IDEAS, Dr Juita Mohamad, ketika memberi penekanan lanjut berkata, “Sebagai persediaan untuk kemungkinan pengenalan GST, sistem perlindungan sosial yang terancang perlu dilaksanakan secara serentak. Satu kajian mendalam yang kami cadangkan perlu merangkumi kesan kemungkinan pengenalan GST terhadap isi rumah rentan, supaya sistem perlindungan sosial sedia ada, seperti program pemberian wang tunai, skim persaraan dan dasar pasaran buruh yang aktif boleh diperkukuh dan disasarkan dalam jangka masa terdekat.”

Satu kajian oleh Bank Negara Malaysia pada tahun 2020 menggariskan bahawa pandemik ini telah mendedahkan permasalahan struktur asas yang berkaitan dengan rangka kerja perlindungan sosial sedia ada di Malaysia. Permasalahan ini termasuk program yang terpecah pecah dan bertindih, jurang dalam liputan umum, cabaran fiskal serta ketidakcukupan program dalam menangani kelemahan sosio-ekonomi.

Menangani jurang-jurang yang terdapat dalam dasar ini dengan segera akan membolehkan kerajaan melindungi rakyat dengan menggunakan sumber pendapatan dengan cekap, terutamanya ketika krisis yang telah kita lalui berkali-kali sebelum ini dan dijangka akan dihadapi pada tahun-tahun akan datang.

Dr Yeoh ketika memberi kesimpulannya berkata, “Di samping meluaskan asas fiskal untuk kemampanan jangka panjang, kerajaan juga harus menunjukkan komitmen terhadap lebih kebertanggungjawaban fiskal dan pematuhan terhadap kawalan tadbir urus yang ketat melalui penggubalan Akta Tanggungjawab Fiskal dan Akta Perolehan Kerajaan. Dengan adanya undang-undang ini, serta jaminan kebebasan institusi, langkah sedemikian akan memastikan disiplin fiskal yang betul, yang merupakan keperluan Malaysia hari ini.

— TAMAT —

Muat Turun Kenyataan Media PDF Fail Di Sini

Untuk pertanyaan, sila hubungi:
Dr Juita Mohamad, Pengarah Penyelidikan;
Pengarah, Unit Ekonomi dan Perniagaan
T: +603 2070 8881/8882 | E: juita@ideas.org.my

Louis Denis, Pengurus Perhubungan Luar, IDEAS Malaysia
T: +603 2070 8881/8882 | E: louis@ideas.org.my

Share

Related posts

December 17, 2025

IDEAS dan IAC Menekankan Kelebihan Kursus Guru dan Peluang Lanjut Untuk Menyokong Pendidikan Autisme di Malaysia


Read more
December 17, 2025

IDEAS and IAC Highlight the Benefits of Teacher Training and Further Opportunities to Support Autism Education in Malaysia


Read more
December 9, 2025

IDEAS Releases Report Exploring Political Influencer Activity in Malaysia


Read more

Comments are closed.

Categories

  • Digital Media
    • Infographic
    • Podcast
    • Video
  • News & Opinion
    • Blog
    • Media Statement
    • News
    • Opinion

Follow Us

Contact Us

  • +603 – 2070 8881 / 8882
  • +603 – 2070 8883
  • admin@ideas.org.my

Sign up for our newsletter

© Copyright - 2025 | ideas.org.my | Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS)