Kuala Lumpur, 27 Januari 2021 – Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) telah menerbitkan IDEAS Policy No. 70, “Post COVID-19 Recovery: Building SME Resilience”,ditulis secara bersama oleh Pengurus Penyelidikan IDEAS, Lau Zheng Zhou, dan pembantu penyelidik, Sabrina Tang serta Yohendran Nadar Arulthevan. Langkah-langkah sekatan pergerakan seperti PKP pada tahun lepas dan PKP 2.0 kini mengakibatkan pergerakan yang terbatas, waktu operasi perniagaan yang terhad, dan penutupan mandatori terhadap perkhidmatan tidak perlu telah menjejaskan ekonomi dengan teruk. Berdasarkan kepada Bank Negara Malaysia, pertumbuhan jangka pendek pada tahun 2021 akan terkesan oleh pengenalan semula langkah-langkah pembendungan yang lebih ketat. Justeru, amat penting untuk kerajaan menawarkan pakej rangsangan ekonomi yang teguh dan menyeluruh kepada semua pemain sektoral berkaitan demi mengekalkan perniagaan dan mempromosikan pemulihan ekonomi yang lebih lestari pada masa hadapan.
Laporan ini menawarkan pandangan-pandangan berasaskan bukti supaya penggubal undang-undang dapat memahami dengan lebih baik pelbagai kelemahan yang terdapat dalam langkah-langkah dasar dan bidang pertumbuhan yang berpotensi dengan menilai pakej-pakej rangsangan ekonomi dalam beberapa sektor yang terjejas teruk (pembuatan, peruncitan, dan pelancongan) di Malaysia.
Laporan ini menyimpulkan bahawa sebahagian besar inisiatif dalam pakej rangsangan ekonomi menumpukan kepada memberikan respons segera terhadap krisis, dengan pengurangan tumpuan yang ketara terhadap membina ketahanan untuk masa hadapan. Laporan ini menggariskan beberapa cabaran kepada pelancaran bantuan kerajaan terhadap Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), termasuk ketepatan masa bantuan, kekurangan kesedaran dalam
kalangan PKS dan cabaran-cabaran praktikal mengakses bantuan. Laporan ini juga mengenalpasti beberapa cabaran terhadap langkah-langkah yang dirancang untuk membantu PKS menyesuaikan diri dengan norma baharu melalui pendigitalan dan automasi. Sebagai contoh, kos tersembunyi untuk berpindah ke dalam talian, seperti komisen dan keperluan pekerja yang berlainan, telah mengekang peralihan kepada banyak peruncit kecil. Dalam pembuatan, geran-geran kerajaan untuk automasi cenderung dipesongkan kepada projek-projek berteknologi lebih tinggi, sedangkan kebanyakan PKS tertumpu kepada sektor berteknologi rendah lalu terlepas bantuan yang ditawarkan. Secara menyeluruh, kadar yang tinggi perniagaan dan pekerja tidak formal mempunyai akses terhadap bantuan yang ditawarkan.
Saranan penting berdasarkan kepada hasil kajian ialah:
Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS Tricia Yeoh mengulas, “Ketika Malaysia masih dalam proses penyembuhan dari langkah-langkah sekatan pergerakan pada tahun 2020, saya menggesa pihak kerajaan untuk mempertimbangkan pelbagai saranan yang dikemukakan oleh kertas laporan ini pada masa Malaysia memasuki satu lagi pusingan perintah sekatan pergerakan pada tahun 2021. Langkah-langkah ekonomi yang lalu dan pakej rangsangan ekonomi terdahulu yang dilaksanakan tidak memberikan manfaat kepada sebahagian besar PKS kerana terdapat jurang pelaksanaan seperti asimetri maklumat, kekurangan kemas kini yang tepat pada masanya, dan kaedah pembayaran dana-dana bantuan yang tidak berkesan. Tambahan pula, tumpuan dasar pada tahun 2020 seolah-olah ketinggalan dari segi memberikan kepastian terhadap arah pembangunan ekonomi masa hadapan. Oleh itu, terdapat keperluan yang mendesak untuk pakej-pakej rangsangan ekonomi akan datang atau pelan-pelan utama kebangsaan agar dapat dilancarkan dengan lebih berkesan supaya dapat menangani cabaran-cabaran struktural sedia ada demi membantu PKS membina ketahanan.”
Kertas laporan, “Post COVID-19 Recovery: Building SME Resilience” boleh dimuat turun di .
— TAMAT —
Muat Turun Kenyataan Media PDF Fail Di sini