• About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • Home
  • All Posts
  • News & Opinion Media Statement
  • IDEAS: Subsidi dan Harga Siling Mungkin Perlu Sebagai Penyelesaian Jangka Pendek Untuk Inflasi dan Kenaikan Harga, Manakala Pembangunan Satu Jaringan Keselamatan Sosial Formal Diperlukan Untuk Jangka Masa Panjang

IDEAS: Subsidi dan Harga Siling Mungkin Perlu Sebagai Penyelesaian Jangka Pendek Untuk Inflasi dan Kenaikan Harga, Manakala Pembangunan Satu Jaringan Keselamatan Sosial Formal Diperlukan Untuk Jangka Masa Panjang

February 16, 2022
Categories
  • Media Statement
Tags
  • Bahasa Melayu
  • Ekonomi
  • Malaysia
  • Subsidi dan Harga Siling

Kuala Lumpur, 16 Februari 2022 – Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) berpendapat bahawa tekanan inflasi dan kenaikan harga yang sedang Malaysia alami kini sebagai sementara dan boleh dikawal sepenuhnya melalui dasar kewangan dan fiskal yang sewajarnya. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, inflasi ini sebagaimana yang ditunjukkan oleh Indeks Harga Pengguna (IHP), telah meningkat sebanyak 3.2% tahun ke tahun pada bulan Disember 2021, disebabkan oleh terutamanya kenaikan harga makanan dan bahan api serta kesan asas.

IDEAS mengambil maklum bahawa Rizab Persekutuan Amerika Syarikat telah mengisyaratkan mereka akan menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) beberapa kali pada tahun ini supaya dapat mengawal inflasi. Malaysia berkemungkinan akan mengambil langkah yang sama dengan menaikkan OPR secara beransur-ansur pada tahun 2022 dan 2023. Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka akan menaikkan OPR kira-kira 50 mata asas pada separuh kedua tahun ini. 

Dr. Juita Mohamad, Pengarah Unit Ekonomi dan Perniagaan merangkap Pemangku Pengarah Penyelidikan IDEAS, ketika mengulas mengenai inflasi dan kenaikan harga berkata, “Kenaikan inflasi semasa merupakan masalah yang berlaku di seluruh dunia, berpunca dari permintaan global yang lebih kuat dan harga tenaga yang lebih tinggi setelah dua tahun mendepani pandemik melalui pelaksanaan sekatan pergerakan. Kedua-dua pandemik dan sekatan pergerakan telah mengakibatkan kejutan permintaan dan bekalan pada peringkat global. Sebagai sebuah ekonomi yang kecil dan terbuka, Malaysia tidak kebal daripada kesan susulan pandemik yang dahsyat. Tekanan inflasi diburukkan lagi oleh banjir yang melanda negara baru-baru ini, menyebabkan ketegangan terhadap bekalan barangan keperluan hasil tempatan terpilih.”   

“Untuk meminimumkan kesan negatif kenaikan harga terhadap pengguna dalam jangka masa pendek, dasar fiskal termasuk subsidi penggunaan bahan api dan elektrik serta harga siling barangan keperluan telah dilaksanakan oleh kerajaan pada masa lalu. Namun, untuk jangka masa panjang, instrumen dan intervensi ini perlu dirasionalkan agar dapat mengelakkan pergantungan berterusan terhadap subsidi dan harga siling yang tidak berdaya maju secara ekonomi dalam jangka masa panjang. Pada pandangan kami, satu program jaringan keselamatan sosial yang formal perlu dibangunkan untuk memastikan bantuan kewangan boleh disasarkan dan disalurkan kepada isi rumah dan kumpulan terjejas secara berkesan dan telus.”

Walaupun trend inflasi membimbangkan, IDEAS percaya bahawa pelaksanaan dasar kewangan yang tepat pada masanya akan dapat mengawalnya dengan cekap dalam jangka masa pendek hingga sederhana. Namun begitu, dasar fiskal termasuk subsidi dan harga siling hanya perlu digunakan untuk jangka masa pendek agar dapat meminimumkan kesan negatif kenaikan harga terhadap pengguna. Untuk jangka masa panjang, kerajaan harus membangunkan satu jaringan keselamatan sosial yang lebih berstruktur dan responsif terhadap kejutan untuk perlindungan sosial supaya bantuan kewangan dan bukan kewangan bersasar dapat disalurkan kepada isi rumah dan kumpulan yang terjejas. Hal ini telah dibahaskan sebelum ini di dalam IDEAS Policy Ideas No. 69 bertajuk “Social Protection for the Poor and Vulnerable Malaysians during COVID-19”. Penerbitan ini boleh diakses di sini. 

— TAMAT —

Muat Turun Kenyataan Media PDF Fail Di Sini

Untuk pertanyaan, sila hubungi:
Zokhri Idris, Ph.D, Pengarah Perhubungan Luar
T: +603 2070 8881/8882 | E: zokhri@ideas.org.my

Share

Related posts

December 17, 2025

IDEAS dan IAC Menekankan Kelebihan Kursus Guru dan Peluang Lanjut Untuk Menyokong Pendidikan Autisme di Malaysia


Read more
December 17, 2025

IDEAS and IAC Highlight the Benefits of Teacher Training and Further Opportunities to Support Autism Education in Malaysia


Read more
December 9, 2025

IDEAS Releases Report Exploring Political Influencer Activity in Malaysia


Read more

Comments are closed.

Categories

  • Digital Media
    • Infographic
    • Podcast
    • Video
  • News & Opinion
    • Blog
    • Media Statement
    • News
    • Opinion

Follow Us

Contact Us

  • +603 – 2070 8881 / 8882
  • +603 – 2070 8883
  • admin@ideas.org.my

Sign up for our newsletter

© Copyright - 2025 | ideas.org.my | Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS)