Kuala Lumpur, 9 Disember 2025: Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) telah menerbitkan laporan yang meneroka peningkatan peranan pempengaruh politik di Malaysia. Laporan ini yang bertajuk Pempengaruh Politik di Malaysia: Pertumbuhan, Kaedah dan Implikasi Dasar menyumbangkan perbahasan kepada perbincangan tentang titik pertemuan antara teknologi, politik dan demokrasi, serta fokus yang lebih utama iaitu bagaimana pendanaan penyampaian mesej politik di media sosial dijalankan.
Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) merupakan satu titik perubahan dalam penyampaian mesej politik yang beralih daripada pemimpin pendapat tradisional kepada ekonomi pempengaruh yang tumbuh dengan pesat serta berpandukan nilai komersial. Kajian ini menggunakan pandangan langsung daripada pempengaruh, pemain politik, perantara industri serta pakar, memaparkan ekosistem yang kabur di sebalik pengaruh politik di media sosial. Ia juga meneroka pelbagai motivasi oleh pempengaruh politik, pembiayaan serta operasi mereka, dan implikasi dasar penting terhadap ketelusan dan kepercayaan institusi dalam lanskap komunikasi politik yang pesat berkembang di platform media sosial kini.
Antara dapatan utama kajian ini termasuk:
“Laporan ini menunjukkan peralihan yang semakin ketara oleh kerajaan dan jentera parti politik ke arah penggunaan pempengaruh dalam menyebarkan maklumat, dengan aliran wang yang berlaku secara tersembunyi dan menyerahkan kepada orang ramai untuk menilai sama ada maklumat yang dikongsikan itu sahih atau tidak benar,” kata Sabrina Firdaus Aloysius, penulis bersama laporan dan Eksekutif Kanan Penyelidikan di IDEAS.
“Ekonomi pempengaruh merupakan satu bentuk ruang beli yang berkembang dan banyak digunakan untuk kempen politik, namun tidak banyak yang diketahui tentang model pembiayaan manakala bayaran yang dikenakan jarang didedahkan. Ketelusan dan kebertanggungjawaban adalah penting bagi melaksanakan reformasi demokratik di Malaysia. Rakyat berhak mengetahui siapa yang membiayai menerbitkan kandungan yang menentukan pilihan politik mereka,” tambah Dr Ross Tapsell, penulis bersama laporan ini.
Laporan ini bertujuan untuk mencetuskan perbualan berkenaan pendanaan politik dan pengaruh media sosial serta potensi peranan dasar kerajaan bagi memastikan aktiviti pempengaruh politik menyokong demokrasi yang lebih sihat di Malaysia. Dasar kerajaan diperlukan untuk menambah baik:
“IDEAS telah sekian lama menyeru pelaksanaan Akta Pendanaan Politik dengan peraturan yang jelas dan boleh dikuatkuasakan mengenai pendedahan awam pembiayaan parti serta rangka kerja pengawalseliaan yang kukuh untuk sumbangan swasta dan awam. Dalam lanskap media digital masa kini, ketelusan adalah amat penting untuk menjaga kepercayaan awam, melindungi integriti demokrasi, dan memastikan sebarang kandungan yang berpotensi mempengaruhi pendapat awam dipertanggungjawabkan,” kata Aira Azhari, Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS.
Untuk maklumat lanjut, muat turun laporan ini di laman web IDEAS
— TAMAT —
Muat Turun Fail PDF Kenyataan Media Di Sini
Untuk pertanyaan, sila hubungi:
Ryan Panicker
Penolong Pengurus, Advokasi dan Program
T: 03 – 2070 8881/8882 | E: ryannesh@ideas.org.my