• About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • Home
  • All Posts
  • News & Opinion Media Statement
  • Kenyataan prabelanjawan sangat dialu-alukan untuk Belanjawan 2023, perlu lebih keterlibatan awam yang menyeluruh

Kenyataan prabelanjawan sangat dialu-alukan untuk Belanjawan 2023, perlu lebih keterlibatan awam yang menyeluruh

June 11, 2022
Categories
  • Media Statement
Tags
  • Bahasa Melayu
  • Budget
  • Malaysia
  • Pre-Budget Statement

Kuala Lumpur, 10 Jun 2022 – Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) mengalu-alukan penerbitan Kenyataan Prabelanjawan (PBS) 2023 pada 3 Jun 2022. IDEAS merupakan pendukung utama penerbitan kenyataan prabelanjawan sebagai badan pemikir yang telah menjalankan penilaian terhadap ketelusan belanjawan Malaysia dalam Tinjauan Belanjawan Terbuka (Open Budget Survey, OBS) semenjak tahun 2015. 

PBS merupakan satu alat penting kepada ketelusan fiskal dan tadbir urus. Dokumen ini menetapkan asas kepada strategi belanjawan dan dasar kerajaan untuk tahun fiskal yang akan datang. PBS membenarkan pemegang taruh berkaitan untuk menjangkakan belanjawan akan datang dan menggalakkan perbahasan mengenai perbelanjaan kerajaan dan kesan dasar-dasar belanjawan secara bermaklumat. 

Penerapan PBS dalam proses perancangan belanjawan adalah satu langkah yang baik dalam mempromosikan ketelusan dan keterangkuman belanjawan. PBS membenarkan para pemegang taruh, terutamanya sektor swasta dan masyarakat sivil, menjangkakan dasar-dasar belanjawan. “IDEAS menyarankan penglibatan kumpulan pemegang taruh bersasar dan terutamanya kumpulan minoriti atau rentan untuk memberikan maklum balas mengenai dasar-dasar belanjawan utama, lebih lebih lagi dalam masa yang tidak tentu ketika ini di mana penggubalan dasar yang cepat dan responsif mungkin akan menyebabkan kesan yang tidak diingini terhadap kumpulan-kumpulan ini,” ulas Alissa Rode, Pengurus Unit Kewangan Awam di IDEAS. “Satu pendekatan perundingan berkenaan belanjawan negara adalah amat penting dalam memastikan pelbagai dasar adalah relevan dan terangkum. Oleh itu, kami menjangkakan dokumen PBS akan diikuti dengan satu usaha menyeluruh dalam mendapatkan penglibatan awam.” 

Dokumen PBS ini memberikan satu pandangan menyeluruh terhadap pelbagai inisiatif dan program kerajaan yang sedang berlangsung di samping memberikan satu pandangan luas mengenai objektif dasar akan datang yang akan dilaksanakan berkenaan pemulihan ekonomi, penambahbaikan perlindungan sosial, serta pembaharuan dalam sektor perniagaan dan keutamaan. IDEAS menyeru agar PBS dapat memberikan satu petunjuk yang lebih konkrit tentang ramalan perbelanjaan, pendapatan, hutang dan pinjaman, sebagaimana yang dikehendaki oleh amalan terbaik Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD).

IDEAS maklum akan petunjuk yang kuat bahawa kerajaan akan beralih kepada subsidi bersasar dan bantuan bersasar kepada kumpulan-kumpulan rentan. “Rasionalisasi subsidi adalah penting kepada kemampanan fiskal pada masa hadapan, memandangkan kita mempunyai ruang fiskal yang terhad,” kata Alissa. “Dokumen PBS ini menunjukkan bahawa subsidi petroleum dan minyak masak sahaja diunjurkan meningkat kepada RM30 bilion daripada anggaran asal sebanyak RM4 bilion. Oleh itu, kita perlu melangkah ke hadapan dengan mempunyai perbelanjaan subsidi yang lebih boleh diramal dan terurus. Rasionalisasi subsidi jika digabungkan dengan pengagihan yang lebih berkesan akan memastikan kerajaan menyalurkan sumber-sumber awam kepada kumpulan-kumpulan yang paling memerlukan”. 

IDEAS juga mengambil maklum komitmen Kementerian Kewangan untuk mengurangkan hakisan asas cukai dan peralihan keuntungan oleh pembayar cukai global, seiring dengan piawaian OECD. Peralihan strategi cukai juga perlu dilengkapi dengan pertimbangan yang lebih mendalam mengenai insentif bukan fiskal yang memberi nilai kepada para pelabur di Malaysia, termasuk usaha memperluas kumpulan bakat kita dalam pengurusan perkhidmatan global, elektrikal dan elektronik (E&E) dan pendigitalan, serta dasar-dasar yang menggalakkan agenda alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG). “Sebagai sebuah negara membangun yang mensasarkan untuk mendigitalkan dan mengautomasikan sektornya, amat penting untuk sektor-sektor tempatan disokong oleh pelaburan langsung asing (FDI) yang mempunyai pengetahuan dan kepakaran tertentu. Di sinilah insentif bukan fiskal perlu mesra pelabur, terutamanya dalam suasana pasca pandemik,” kata Dr Juita Mohamad, Pengarah Penyelidikan IDEAS.

Penerbitan PBS ini merupakan satu langkah yang betul ke arah satu proses belanjawan yang ditadbir dengan baik dan telus. IDEAS menyeru dengan lebih lanjut agar kerajaan menerbitkan satu Semakan Pertengahan Tahun untuk membolehkan penyeliaan terhadap kedudukan fiskal negara pada pertengahan tahun kewangan.

— TAMAT —

Muat Turun Kenyataan Media PDF Fail Di Sini

Untuk pertanyaan, sila hubungi:
Alissa Rode, Pengurus, Unit Kewangan Awam
T: +603 2070 8881/8882 | E: alissa@ideas.org.my

Louis Denis, Manager, External Relations
T: +603 2070 8881/8882 | E: louis@ideas.org.my

Share

Related posts

December 17, 2025

IDEAS dan IAC Menekankan Kelebihan Kursus Guru dan Peluang Lanjut Untuk Menyokong Pendidikan Autisme di Malaysia


Read more
December 17, 2025

IDEAS and IAC Highlight the Benefits of Teacher Training and Further Opportunities to Support Autism Education in Malaysia


Read more
December 9, 2025

IDEAS Releases Report Exploring Political Influencer Activity in Malaysia


Read more

Comments are closed.

Categories

  • Digital Media
    • Infographic
    • Podcast
    • Video
  • News & Opinion
    • Blog
    • Media Statement
    • News
    • Opinion

Follow Us

Contact Us

  • +603 – 2070 8881 / 8882
  • +603 – 2070 8883
  • admin@ideas.org.my

Sign up for our newsletter

© Copyright - 2025 | ideas.org.my | Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS)