• About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • Home
  • All Posts
  • News & Opinion Media Statement
  • KRPPM Mengenai Pendanaan Politik adakan mesyuarat kedua, persoal status RUU Pendanaan Politik

KRPPM Mengenai Pendanaan Politik adakan mesyuarat kedua, persoal status RUU Pendanaan Politik

May 12, 2022
Categories
  • Media Statement
Tags
  • Bahasa Melayu
  • Malaysia
  • PENDANAAN POLITIK

Kuala Lumpur, 12 Mei 2022: Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) Mengenai Pendanaan Politik telah bermesyuarat untuk kali kedua di Parlimen semalam. Tumpuan mesyuarat adalah untuk memahami landskap keseluruhan pembaharuan pendanaan politik dan untuk merangka strategi dalam mengorak langkah seterusnya.

Ahli-ahli Parlimen yang menghadiri mesyuarat ialah:

1.     YB Ahmad Fadhli Shaari (Pengerusi)

2.     YB Ahmad Fahmi Fadzil (Timbalan Pengerusi)

3.     YB Wong Shu Qi (Setiausaha)

4.     YB Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau (Bendahari)

5.     YB Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman

6.     YB Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz bin Tun Mahathir

Ahli organisasi masyarakat sivil yang menghadiri mesyuarat ialah:

1.     Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) (Sekretariat)

2.     Agora Society

3.     Bait Al-Amanah

4.     Pusat untuk Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4)

5.     Badan Peguam Malaysia

6.     Rasuah Busters

7.     Maha Balakrishnan (pakar)

Dalam mesyuarat ini, semua ahli mesyuarat telah mempersoalkan status RUU Pendanaan Politik yang telah dirangka dan dijadual dibentangkan pada awal tahun 2020. Sehingga kini, masih tiada sebarang kemas kini mengenai RUU ini manakala organisasi masyarakat sivil, Ahli-ahli Parlimen mahupun Senator juga tidak mempunyai capaian terhadap RUU Pendanaan Politik. Kekurangan ketelusan serta keterlibatan ini tidak menunjukkan petanda yang baik kepada kemajuan pembaharuan institusi di Malaysia.

Ahli KRPPM juga telah menyetujui beberapa prinsip utama pendanaan politik seperti ketelusan dan kebertanggungjawaban, larangan terhadap pendanaan asing, mengehadkan jumlah sumbangan yang boleh dilakukan oleh individu dan syarikat serta melarang sumbangan dari syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan organisasi lain yang mempunyai konflik kepentingan. 

Akhir sekali, KRPPM berharap untuk bertemu dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) dalam masa terdekat agar dapat berkongsi usaha yang sedang kami lakukan mengenai perundangan pendanaan politik dan mendapatkan sokongan membentangkan RUU Pendanaan Politik. KRPPM menaruh harapan untuk mendapatkan sokongan semua Ahli Parlimen merentasi semua parti politik supaya dapat mengutamakan pendanaan politik yang telus sebagai suatu asas demokrasi yang sihat, matang serta bertenaga. 

— TAMAT —

Tentang KRPPM Mengenai Pendanaan Politik

KRPPM Mengenai Pendanaan Politik telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 20 April 2022. Objektif utama KRPPM Mengenai Pendanaan Politik adalah untuk mewujudkan satu sarana supaya para Ahli Parlimen, Senator dan organisasi masyarakat sivil (CSO) dapat mengadakan perbincangan serta mempertimbangkan kepentingan pembaharuan pendanaan politik di Malaysia.

Anggota KRPPM Mengenai Pendanaan Politik

Ahli Parlimen

1.     YB Tuan Ahmad Fadhli bin Saari (PAS -Pasir Mas)

              Pengerusi

2.     YB Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil (PKR – Lembah Pantai)

              Timbalan Pengerusi

3.     YB Puan Wong Shu Qi (DAP – Kluang)

             Setiausaha

4.     YB Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau (UPKO – Tuaran)

              Bendahari

5.     YB Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah (PPBM – Indera Mahkota)

6.     YB Dato’ Seri Utama Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir (Pejuang – Jerlun)

7.     YB Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan (UMNO – Pontian)

8.     YB Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman (MUDA – Muar)

9.     YB Tuan Larry Soon@Larry Sng Wei Shien (Parti Bangsa Malaysia – Julau)

Senator

YB Puan Fadhlina binti Dato’ Sidek, Pulau Pinang (PKR)

Ahli CSO

1.     Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) (Sekretariat)

2.     Agora Society

3.     Bait Al-Amanah

4.     Pusat untuk Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4)

5.     Engage Network

6.     G25 Malaysia

7.     Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH)

8.     Rasuah Busters

9.     Transparency International-Malaysia (TI-M)

10. Puan Maha Balakrishnan (Pakar)

11. Prof. Wong Chin Huat (Pakar)

Muat Turun Kenyataan Media PDF Fail Di Sini

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Aira Azhari, Pengurus Kanan, Unit Demokrasi dan Tadbir Urus
T: +603 2070 8881/8882 | E: aira@ideas.org.my

Share

Related posts

December 17, 2025

IDEAS dan IAC Menekankan Kelebihan Kursus Guru dan Peluang Lanjut Untuk Menyokong Pendidikan Autisme di Malaysia


Read more
December 17, 2025

IDEAS and IAC Highlight the Benefits of Teacher Training and Further Opportunities to Support Autism Education in Malaysia


Read more
December 9, 2025

IDEAS Releases Report Exploring Political Influencer Activity in Malaysia


Read more

Comments are closed.

Categories

  • Digital Media
    • Infographic
    • Podcast
    • Video
  • News & Opinion
    • Blog
    • Media Statement
    • News
    • Opinion

Follow Us

Contact Us

  • +603 – 2070 8881 / 8882
  • +603 – 2070 8883
  • admin@ideas.org.my

Sign up for our newsletter

© Copyright - 2025 | ideas.org.my | Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS)