KUALA LUMPUR, 4 Jan (Bernama) — Hasrat Malaysia untuk menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2020, berdasarkan pelaksanaan strategi jangka panjang negara, boleh dicapai, kata bekas Ketua Pengarah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), Pascal Lamy.
Beliau berkata ia juga berasaskan dasar politik, ekonomi, pendidikan dan sistem sosial yang menghadapi cabaran pembangunan.
“Perdagangan juga memainkan peranan penting dalam mengembangkan ekonomi. Semakin anda pakar dalam apa yang anda lakukan, lebih baik daripada yang lain, semakin banyak pertumbuhan ekonomi anda.
“(Keperluan negara) untuk memberi tumpuan kepada perdagangan di rantau ini dan pasaran baru seperti pasaran Eropah, yang merupakan sebab mengapa perjanjian perdagangan bebas dengan Kesatuan Eropah telah menjadi agenda untuk beberapa waktu,” katanya pada taklimat media hari ini selepas menyampaikan ceramah tentang “Kepentingan Perdagangan Global Dalam Zaman Peningkatan Perlindungan” di sini hari ini.
Lamy berkata negara perlu meningkatkan kemahiran tenaga kerja melalui pendidikan untuk mengembangkan ekonomi dengan pantas…..
First published in BERNAMA, on January 4, 2018.