• About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • Home
  • All Posts
  • News & Opinion Media Statement
  • Pendedahan mengenai rundingan-rundingan terus menggariskan keperluan mendesak untuk Akta Perolehan Kerajaan

Pendedahan mengenai rundingan-rundingan terus menggariskan keperluan mendesak untuk Akta Perolehan Kerajaan

August 27, 2020
Categories
  • Media Statement
Tags
  • Bahasa Melayu
  • COVID-19
  • public procurement
  • transparency

Kuala Lumpur, 27 Ogos 2020 – IDEAS memuji tindakan Kementerian Kewangan dalam menjawab seruan untuk mendedahkan perincian kontrak-kontrak rundingan terus bernilai RM6.61 bilion, serta penjelasan oleh mantan menteri-menteri Pakatan Harapan hari ini. Hari ini merupakan hari yang bersejarah bagi ketelusan perolehan di Malaysia, tetapi banyak lagi yang perlu dilakukan: Malaysia memerlukan satu Akta Perolehan Kerajaan.

Pendedahan oleh pihak kerajaan dan pembangkang telah menggariskan keperluan untuk perundangan perolehan yang menyeluruh yang akan mengawalselia dan menginstitusikan amalan pendedahan aktiviti-aktiviti perolehan termasuklah rundingan terus dalam bentuk Akta Perolehan Kerajaan.  Undang-undang perolehan antarabangsa seperti Undang-undang Model Perolehan Awam Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Mengenai Undang-undang Perdagangan Antarabangsa (INCITRAL) dan Arahan Perolehan Kesatuan Eropah (EU) memerlukan semua kontrak didedahkan dengan segera atau dalam tempoh 30 hari kontrak ditandatangani.

“Jika keperluan pendedahan di… di dalam perundangan perolehan Malaysia, pendedahan tidak akan lagi digambarkan sebagai mempunyai unsur motivasi politik. Sebaliknya, pendedahan akan menjadi satu kebiasaan dan disepadukan sebahagian daripada aktiviti perolehan yang telus dan bertanggungjawab,” komen Tricia Yeoh.

Perundangan itu juga memerlukan pihak berkuasa perolehan untuk mendedahkan maklumat kontrak yang lebih lengkap seperti tarikh dan justifikasi penganugerahan kontrak. Senarai yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan semalam menunjukkan maklumat mengenai 101 buah projek termasuklah, termasuklah kementerian-kementerian yang menerima perolehan tersebut, kos projek, dan para kontraktor/pembekal. Sebahagian daripada projek itu merupakan untuk tujuan keselamatan dan keseragaman oleh itu dibenarkan perolehan melalui rundingan terus. Tetapi justifikasi melakukan rundingan terus untuk projek lain seperti untuk acara-acara awam tidak begitu jelas. Maklumat tarikh penganugerahan projek juga didapati hilang. Tambahan pula, pembangkang telah menyatakan bahawa sebahagian daripada projek tersebut diberi sebelum Pakatan Harapan menjadi kerajaan.

Mengulas perkara ini, Tricia berkata, “Pendedahan separa bagus tetapi tidak mencukupi untuk menggalakkan kebertanggungjawaban. Seperti yang dapat kita lihat hari ini, pendedahan yang tidak lengkap akan mengakibatkan tuduhan dan spekulasi.”

Untuk maju ke hadapan, kami menyeru kerajaan untuk meneruskan penggubalan Akta Perolehan Kerajaan serta berterusan berunding dengan pemegang taruh dalam proses merangka akta tersebut.

Kami juga mengulangi seruan untuk mendedahkan kontrak-kontrak rundingan terus di bawah kerajaan Perikatan Nasional. Pada awal tempoh pentadbiran, masyarakat awam dimaklumkan dengan kontrak-kontrak rundingan terus untuk memperolehi peralatan melawan wabak COVID-19. Beberapa perkhidmatan, barangan dan pekerjaan yang kemungkinan perlu diperoleh segera sewaktu krisis, tetapi justifikasinya perlu dihebahkan.

“Kementerian Kewangan menyatakan bahawa pendedahan semalam bertujuan untuk menegakkan prinsip urus tadbir yang baik dan telus. Pada pendapat saya, pendedahan kontrak-kontrak rundingan terus di bawah kerajaan sekarang ini akan mengukuhkan lagi komitmen tersebut”, tambahnya.

— TAMAT —

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Sri Murniati di unie@ideas.org.my.

Share

Related posts

December 17, 2025

IDEAS dan IAC Menekankan Kelebihan Kursus Guru dan Peluang Lanjut Untuk Menyokong Pendidikan Autisme di Malaysia


Read more
December 17, 2025

IDEAS and IAC Highlight the Benefits of Teacher Training and Further Opportunities to Support Autism Education in Malaysia


Read more
December 9, 2025

IDEAS Releases Report Exploring Political Influencer Activity in Malaysia


Read more

Comments are closed.

Categories

  • Digital Media
    • Infographic
    • Podcast
    • Video
  • News & Opinion
    • Blog
    • Media Statement
    • News
    • Opinion

Follow Us

Contact Us

  • +603 – 2070 8881 / 8882
  • +603 – 2070 8883
  • admin@ideas.org.my

Sign up for our newsletter

© Copyright - 2025 | ideas.org.my | Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS)