• About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • Home
  • All Posts
  • News & Opinion Media Statement
  • Undang-Undang CDF Perlu Bagi Cegah Salah Guna Kuasa dan Memastikan Peruntukan Yang Saksama

Undang-Undang CDF Perlu Bagi Cegah Salah Guna Kuasa dan Memastikan Peruntukan Yang Saksama

March 30, 2021
Categories
  • Media Statement
Tags
  • Bahasa Melayu
  • political financing
  • transparency

Kuala Lumpur, 30 Mac 2021 – Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) dan Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS) menyeru kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri untuk berhenti menggunakan peruntukan pembangunan kawasan (CDF) sebagai alat politik bagi membeli membeli sokongan politik serta menyalahgunakannya kerana ianya memberi kelebihan kepada kerajaan hari ini. Reformasi segera perlu diinstitusikan segera untuk menjamin ketelusan, akauntabiliti serta peruntukan saksama kepada semua ahli parlimen dan ahli dewan undangan negeri (ADUN).

BERSIH 2.0 dan IDEAS hari ini melancarkan kertas kajian bertajuk “Pemansuhan atau Pembaharuan: Mencari Jalan Ke Depan Peruntukan Pembangunan Kawasan di Malaysia”.

Laporan tersebut yang dinaungi oleh BERSIH 2.0 dan ditulis oleh IDEAS, mendapati bahawa walaupun CDF mampu menangani keperluan pembangunan dan jurang antara kawasan- kawasan, keberkesanannya dicemari dengan ketidaktelusan dan kurang akauntabiliti, pelanggaran pemisahan kuasa antara eksekutif dan badan perundangan serta mengganggu persaingan politik dengan memberikan wakil rakyat kerajaan alat politik yang lebih baik untuk mempengaruhi pilihan pengundi, terutamanya apabila peruntukan CDF ini berat sebelah.

Sekiranya isu ketelusan, penaungan politik dan gangguan persaingan politik tidak ditangani, CDF akan hilang keberkesanannya malah mungkin menjadi tidak produktif untuk pembangunan kawasan dan demokrasi negara.

Disebabkan kepincangan yang sangat serius, BERSIH 2.0 dan IDEAS menggesa kerajaan persekutuan dan semua kerajaan negeri untuk menginstitusikan reformasi polisi CDF dengan segera dan reformasi yang berjangka panjang.

Untuk jangka masa segera, langkah-langkah untuk memastikan ketelusan dan akauntabiliti perlu diangkat. Hal ini boleh dilaksanakan dalam bentuk perundangan CDF bagi mencegah perubahan sewenang-wenangnya oleh kerajaan. Perundangan ini juga perlu menyatakan formula peruntukan untuk setiap kawasan, sumber kewangan dalam belanjawan tahunan, had peruntukan tahunan CDF, keperluan agensi dan penggubal undang-undang untuk menyiarkan maklumat utama CDF kepada orang ramai, mekanisme penyertaan orang ramai dalam perumusan, pelaksanaan dan pemantauan CDF serta sekatan kepada penyalahgunaan atau penggelapan CDF.

Bagi jangka panjang, ahli parlimen dan ADUN tidak perlu lagi menjadi penjaga peruntukan ini untuk membina infrastruktur asas serta menangani keperluan kawasan yang mendesak. Peranan ini perlu diberikan kepada kerajaan tempatan yang dipilih agar Ahli Parlimen dan ADUN dapat menumpukan kepada pembuatan polisi dan undang-undang.

Ahli parlimen dan ADUN perlu terus menerima peruntukan untuk pusat khidmat mereka. Peruntukan ini perlu disalurkan daripada Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, berbanding daripada CDF.

Pendanaan awam secara rasmi kepada parti politik juga harus disediakan sebagai insentif untuk mencegah parti politik daripada menyalahgunakan peruntukan CDF. Perubahan ini memerlukan undang-undang pembiayaan politik.

—TAMAT —

Share

Related posts

December 17, 2025

IDEAS dan IAC Menekankan Kelebihan Kursus Guru dan Peluang Lanjut Untuk Menyokong Pendidikan Autisme di Malaysia


Read more
December 17, 2025

IDEAS and IAC Highlight the Benefits of Teacher Training and Further Opportunities to Support Autism Education in Malaysia


Read more
December 9, 2025

IDEAS Releases Report Exploring Political Influencer Activity in Malaysia


Read more

Comments are closed.

Categories

  • Digital Media
    • Infographic
    • Podcast
    • Video
  • News & Opinion
    • Blog
    • Media Statement
    • News
    • Opinion

Follow Us

Contact Us

  • +603 – 2070 8881 / 8882
  • +603 – 2070 8883
  • admin@ideas.org.my

Sign up for our newsletter

© Copyright - 2025 | ideas.org.my | Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS)